,
Laman Utama

#Foodieslife: Manis & Berkolari Tinggi, Boleh Atau Tidak Penghidap Diabetes Makan Buah Mangga?

Izwan Isa
01/10/2022
13:50 MYT
Mangga merupakan jenis buah yang tumbuh subur di negara-negara tropika. Buah dengan isi berwarna kuning ini mengandung serat yang tinggi, antioksida, vitamin A, vitamin B6, Vitamin E, dan K.
Begitupun, buah ini juga dipercayai mengandung kalori dan gula yang tinggi. Hal ini menyebabkan ramai orang, terutama penderita diabetes, mengelak untuk menikmati buah mangga. Adakah ini perkara yang betul?
Mirriam Polunin penulis buku Healing Foods mendedahkan, mangga mengandung enzim yang membantu memecah dan mencernakan protein serta serat. Mangga juga mampu menjaga fungsi pencernaan agar ia dapat bekerja secara lancar.
Justeru, berapa banyak jumlah mangga yang boleh dimakan?
Dr Anil Bhroskar, pakar diabetes dari SL Raheja Hospital memberitahu, penderita diabetes masih boleh menikmati setengah daripada buah mangga setiap hari. Namun, mereka tidak dibolehkan menikmati mangga dalam bentuk jus.
"Mereka juga harus menjaga jarak satu jam antara makan dan menikmati mangga," katanya.
Bhoraskar juga menyarankan agar kita memeriksa kadar gula darah setelah makan sepotong mangga.
"Jika kadar gula dalam darah melebihi 25 peratus, maka elak daripada makan buah mangga tersebut," katanya lagi.
Menurut Bhoraskar, setiap item makanan memiliki respon yang berbeza-beza terhadap tubuh seseorang. Oleh hal yang demikian, sangat penting untuk mengetahui cara tubuh memberi respons pada setiap item makanan pada hari yang berbeza.
"Makan makanan lain selain mangga juga boleh memberi kesan yang pelbagai," tambahnya.
Sumber: Kompas Kredit foto: Desirae Hayes-Vitor (Unsplash)
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Penyewa ‘Naik Hantu’ Kucing Oyen Peliharaan Disembelih, Dimakan Tuan Rumah Untuk Ubati Diabetes!

gempak
14/08/2024
00:55 MYT
Seorang lelaki dikenali sebagai Nuryanto dari Semarang, Indonesia ditahan selepas didakwa menyembelih dan makan daging kucing atas alasan mahu menyembuhkan penyakit diabetes yang dihidapinya.
Gaya Hidup

#FOODIESLIFE: Ibu Hamil Boleh Makan Udang? Ini Penjelasannya

gempak
11/08/2024
13:55 MYT
Adakah wanita yang sedang mengandung boleh menikmati makanan laut itu? Ini penjelasannya:
Gaya Hidup

#FOODIESLIFE: Makanan Yang ‘Dicemari Rambut’ Manusia Boleh Dimakan Atau Tidak? Ini Penjelasan Pakar

gempak
23/07/2024
14:55 MYT
Kita kerap mendengar tentang kes pengguna terjumpa helaian atau gumpalan rambut dalam makanan.
Hiburan

“Kalau Takat Kena Baling Telur Tu Dah Biasa Ya…” - Tomok

gempak
22/05/2024
09:55 MYT
Penyanyi Tomok berkongsi artikel di majalah MANGGA mengenai dia dan penyanyi Siti Nordiana yang disiarkan untuk edisi pada bulan Disember 2000.
Viral

Ramai Nak Kurus Cepat, Ubat Diabetes Ozempic Terpaksa Dicatu?

gempak
02/05/2024
10:25 MYT
Selain pembedahan bariatrik atau potong usus yang dilakukan dalam usaha menurunkan berat badan, salah satu cara lain yang cukup popular saat ini adalah pengambilan ozempic.  Oleh sebab itu, menerusi satu notis yang diterterakan di sebuah hospital, ubat tersebut didapati mengalami kekurangan stok sehingga dicatu oleh pihak pembekal.  "Harap maklum