,
Laman Utama

#Foodieslife: Kurang Pengambilan Protein Boleh Sebabkan Panjang Umur?

Izwan Isa
22/05/2022
05:50 MYT
Umum mengetahui bahawa pengambilan protein amat penting bagi tubuh kita. Ia kerana, protein merupakan nutrisi yang berperanan dalam pembentukan dan perbaikan sel dan otot. Jika pengambilan protein kurang, seseorang mungkin mengalami kekurangan zat makanan akibat kurang pengambilan protein.
Namun, penemuan kajian terbaharu yang dikelolakan oleh penyelidik di Pennington Biomedical Research Center baru-baru ini menemukan, pengurangan protein dalam makanan memberikan hasil positif dan memanjang usia.
Efek pengurangan protein terhadap hasil kesihatan yang positif dan umur panjang ini dipengaruhi oleh hormon metabolik yang diturunkan daripada hati, iaitu Fibroblast Growth Factor 21 (FGF21). Banyak kajian terdahulu yang menunjukkan, diet rendah protein dapat memperbaiki kondisi kesihatan (asalkan pengambilan protein tidak terlalu rendah).
Sebaliknya, diet tinggi protein dikaitkan dengan peningkatan kematian pada kelompok usia tertentu.
Beberapa tahun lalu, penyelidik di Neurosignaling Laboratory di Pennington Biomedical Research Center menemukan, hormon metabolik FGF21 adalah isyarat kunci yang menghubungkan tubuh ke otak selama sekatan protein.
Tanpa isyarat ini, tikus kajian dilihat gagal mengubah perilaku makan atau metabolisme ketika diberi diet rendah protein.
"Data kami menunjukkan FGF21 mempengaruhi otak, dan tanpa isyarat ini, tikus muda tidak menyedari bahawa haiwan itu sedang makan makanan rendah protein," ujar Christopher Morrison, PhD, profesor dan pengarah di Neurosignaling Laboratory.
Kajian yang dipimpin oleh peneliti pasca doktoral Cristal M. Hill, PhD ini membuktikan, diet rendah protein menghasilkan kesan metabolisme yang menguntungkan buat tikus tua. Kesannya seperti meningkatkan kesihatan metabolisme, mengurangi kelemahan, dan memperpanjang umur.
Efek ini juga terlihat ketika pengambilan protein pada tikus di usia pertengahan dikurangkan, sehingga mencegah tikus itu mengalami kenaikan berat badan (obesiti). Namun, kesan positif tersebut tidak kelihatan pada tikus yang kekurangan hormon metabolik FGF21. Maksudnya, peranan hormon FGF21 di otak sangat penting untuk memperbaiki kesihatan dan memanjang umur.
"Sebelum ini, kami menunjukkan FGF21 bekerja di otak untuk meningkatkan kesihatan metabolisme pada tikus muda yang diberi diet rendah protein. Data baharu ini menunjukkan bahawa FGF21 meningkatkan kesehatan metabolisme sekaligus memanjang umur.
"FGF21 adalah hormon pertama yang dikesan menggabungkan perilaku makan dan kesihatan metabolisme untuk memanjang umur selama sekatan protein," ujar Cristal.
Sungguhpun begitu, Cristal menambah, belum disahkan adakah hasil ini akan berlaku pada manusia.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Pennington Biomedical, John Kirwan, PhD pula membahaskan:
"Kajian inovatif ini memiliki impak penting untuk memanjang kesihatan dan umur manusia.
"Jika para ilmuwan boleh lebih memahami bagaimana diet dan hormon nutrisi FGF21 bertindak untuk memanjang umur, penemuan ini dapat mengimbangkan banyak masalah kesihatan yang terjadi pada usia pertengahan,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#FOODIESLIFE: Ibu Hamil Boleh Makan Udang? Ini Penjelasannya

gempak
11/08/2024
13:55 MYT
Adakah wanita yang sedang mengandung boleh menikmati makanan laut itu? Ini penjelasannya:
Gaya Hidup

#FOODIESLIFE: Makanan Yang ‘Dicemari Rambut’ Manusia Boleh Dimakan Atau Tidak? Ini Penjelasan Pakar

gempak
23/07/2024
14:55 MYT
Kita kerap mendengar tentang kes pengguna terjumpa helaian atau gumpalan rambut dalam makanan.
Gaya Hidup

#FOODIESLIFE: 4 Kesan Buruk Jika Anak-Anak Suka Minum Minuman Manis

gempak
18/02/2024
13:55 MYT
Jika tidak diatasi, masalah-masalah itu akan memberi impak negatif terhadap kesihatan anak-anak
Gaya Hidup

#FOODIESLIFE: Kurangkan Kesan Batuk Lepas Banyak Makan Limau

gempak
16/02/2024
14:55 MYT
Sepanjang cuti Tahun Baharu Cina ini, sudah pastinya kita begitu teruja untuk menikmati buah limau mandarin
Terkini

#FOODIESLIFE: Lepas Kek Tapak Kuda, Kini Hadir Pula Kek Tapak Gajah? Netizen Cemas Pengguna Tak Hirau Kandungan Gula Dalam Makanan!

gempak
20/01/2024
08:55 MYT
Tular pula Kek Tapak Kuda yang saizkan berganda daripada saiz asal. Lebih menarik, pencuci mulut itu diberi gelaran Kek Tapak Gajah