GAYA HIDUP
#FoodiesLife: “Kembara Cita Rasa Nusantara" Bufet Berbuka Puasa Penuh Kemewahan di The Saujana Hotel
Bagi anda yang mencari juadah berbuka yang mempunyai cita rasa tradisioal Malaysia disamping sentuhan kemewahan, Restoran Charcoal di The Saujana Hotel Kuala Lumpur adalah pilihannya.
Bermula dari 3 hingga 29 Mac 2025, Restoran Charcoal akan menyajikan buffet istimewa dengan tema "Kembara Cita Rasa Nusantara" dimana anda dapat merasai pengalaman bufet yang menjanjikan kepelbagaian rasa asli serta membangkitkan kenangan kuliner yang mengasyikkan.
Menampilkan lebih kurang 112 menu, Timbalan Chef Eksekutif Restoran Charcoal, Chef Raduan Ahmad berkata apa yang menarik adalah pilihan nasi yang dihidangkan kepada pengunjung.
Jelasnya, setiap hari pengunjung dapat merasai pilihan nasi yang berlainan bersama dengan juadah-juadah yang lain.
“Tema untuk buffet kita adalah Citarasa Kembara Nusantara, apa yang menarik kita sajikan satu nasi setiap malam Nasi Kambing Kambus Terbalik, Nasi Kabsah Ayam, Nasi Biryani Seafood dan beberapa lagi.
“Setiap hari pengunjung boleh mendapatkan nasi yang berlainan. Kami lakukan 5 cycle maka bila masuk hari keenam dia akan kembali kepada menu nasi yang pertama.
“Selain itu, pengunjung di sini juga suka dengan hidangan utama kami seperti Masak Lemak Jantung Pisang, Gulai Kawah Ikan Masin, Udang Berempah dan banyak lagi,” katanya.
Selain lauk pauk Restoran Charcoal juga menampilkan beberapa juadah lain antaranya kambing bakar, roti john, kebab, dan satay.
Mereka juga menampilkan beberapa variasi makanan menarik antaranya makanan barat seperti Pasta dan Pizza, Nasi Ayam, Thosai, Sushi, serta Nasi Ambeng.
Bagi yang mengemari makanan laut anda juga boleh menikmatinya di restoran ini.
Promosi Eksklusif
Bufet "Kembara Cita Rasa Nusantara" ditawarkan pada harga RM180++ seorang, dengan kadar istimewa berikut: ✅ RM125++ untuk warga emas.✅ Diskaun 50% untuk kanak-kanak bawah enam tahun (kanak-kanak enam hingga dua belas tahun dikenakan RM90++).
✅ Diskaun 20% untuk ahli LBS & SGCC serta pemegang kad bank terpilih (tempahan awal diperlukan).
Tawaran Early Bird juga tersedia pada harga RM145++ seorang untuk tempahan sebelum 28 Februari 2025. Baucar bufet turut disediakan, menjadikannya hadiah sempurna buat keluarga, rakan niaga, atau pelanggan tersayang.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pengalaman gastronomi yang menggabungkan tradisi, inovasi, dan nostalgia ini. Bufet "Kembara Cita Rasa Nusantara" berlangsung dari 3 hingga 29 Mac 2025, menjanjikan kepuasan rasa yang tidak akan dilupakan.
Untuk tempahan atau pertanyaan lanjut, sila hubungi +603 7843 1234, sambungan 6122 / 6013 atau e-mel dine@thesaujana.com.
Must-Watch Video