,
Laman Utama

#Foodieslife: Ikuti Diet Mudah Ini Untuk Memastikan Bulu Kucing Kesayangan Anda Sihat Dan Berkilat!

Izwan Isa
16/04/2022
13:50 MYT
Satu hal yang menjadi daya penarik bagi seekor kucing adalah bulunya. Hal ini kerana, bulu kucing yang sihat dan cantik merupakan cerminan terhadap cara penjagaan yang sempurna oleh tuan empunya.
Namun, tahukah anda, untuk mendapatkan bulu kucing yang sihat dan cantik, pemilik haiwan kesayangan tidak hanya perlu bergantung pada cara penjagaan luaran semata-mata?
Sebaliknya, perawatan secara dalaman terutama dari segi cara penjagaan makanan serta diet yang betul perlu diberi perhatian, agar hasilnya nanti dapat dilihat pada si ‘anak bulus’ yang dicintai! Asid lemak Omega-3 dan Omega-6 adalah bahagian penting dalam diet mana-mana mamalia. Kedua-duanya membantu membina dinding membran sel dan membantu jantung untuk berfungsi dengan baik. Dua elemen ini penting untuk menyalurkan nutrisi ke bulu kucing anda, bagi menjadikannya sihat, berkilat dan kuat.
Berikan kucing anda sekitar dua sudu besar tuna atau salmon sekali seminggu bagi bekalan Omega-3 dan Omega-6 yang optimum, agar bulunya lebih kuat dan tidak mudah gugur. Manambahkan minyak ikan dan biji rami pada diet harian si comel juga dapat membantu menyihatkan bulu kucing anda.
Selain Omega-3 dan Omega-6, penambahan protein dalam diet juga merupakan salah satu cara untuk menguatkan bulu kucing. Hal ini kerana, komposisi bulu itu sendiri terdiri daripada 90 peratus protein, jadi memberikan kucing anda protein secukupnya dapat membantu mencantikkan bulu haiwan kesayangan anda.
Banyak makanan kucing di pasaran kaya dengan daging ayam dan lembu. Cuma pastikan ia tidak mengandungi bijirin, jagung dan gandum dalam kadar yang tinggi.
Ingin pastikan kucing kesayangan anda sentiasa terjaga dan dilindungi? Dapatkan manfaat insurans sama seperti insurans manusia menerusi Oyen Pet Insurance.
Menerusi pelan tersedia, anda bakal mendapat perlindungan yang pantas, tuntutan yang mudah dan nilai perlindungan tinggi. Ketahui lebih lanjut tentang tawaran Oyen Pet Insurance https://www.oyen.my/campaign/astro. Setiap pembelian, anda akan dapat hadiah istimewa pouch Oyen.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ammar Alfian Tak Suka 'Fatfluencer', Selar Pempengaruh Cuba Terapkan Penerimaan Badan Gemuk - "Cakap Sahaja Awak Tu Malas"

gempak
19/09/2024
05:55 MYT
Pelakon Ammar Alfian menzahirkan rasa kurang senang dengan pempengaruh berbadan gemuk.
Berita

Kucing Tertua Mati Pada Usia 33 Tahun

gempak
16/09/2024
18:55 MYT
Kucing baka bulu panjang bernama Rosie itu mati di dalam rumahnya di Norwich, Norfolk.
Viral

Bulu Masih Di Bibir, Wanita Makan Kucing Hidup-Hidup

gempak
15/09/2024
18:39 MYT
Seorang wanita ditahan dengan helaian bulu kucing berada pada bibir dan darah di tangannya, di sebuah kawasan perumahan di Canton, Ohio, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
Viral

Gara-Gara Makan Berlebihan, Kucing 'Oyen' Cecah Berat Lebih 17 Kilogram

gempak
08/09/2024
11:55 MYT
Seekor kucing jantan gergasi yang memiliki berat menyamai kanak-kanak ditemui tinggal di ruang bawah tanah sambil makan biskut dan minum sup.
Berita

Viral Taman Kucing Klang Didakwa Terabai, MBDK Tampil Beri Penjelasan!

gempak
03/09/2024
04:25 MYT
Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menafikan sebarang penindasan, pengabaian dan penganiayaan di Taman Kucing Klang seperti yang tular di media sosial sejak Ahad.