,
Gaya Hidup

#FOODIESLIFE: Buffet Ramadan Zai Seri Gemilang Tawar Lebih 100 Sajian Cita Rasa Timur Tengah, Nasi Arab Kambing Sujud Wajib Cuba!

Mya Amri
31/03/2024
13:00 MYT
Jika anda ingin meluangkan masa berbuka bersama keluarga dan sedang mencari lokasi sesuai, syarikat katering terkenal, Zai Seri Gemilang adalah pilihan tepat.
Dengan menghidangkan lebih 100 sajian lazat bertemakan ‘Cita Rasa Timur Tengah’, Zai Seri Gemilang juga turut menampilkan empat penyanyi undangan terkenal untuk hiburkan tetamu yang hadir.

Nasi Arab Kambing Sujud

Zai Sri Gemilang kembali dengan tradisi pakej berbuka puasa ‘Bufet 25 Malam’ untuk penganjuran tahun yang ketiga bertemakan Citarasa Timur Tengah bermula 14 Mac hingga 7 April ini bertempat di Urban Park Hall, Alam Impian, Shah Alam.
Selain mampu menampung kapasiti sehingga 1,000 pengunjung pada satu-satu masa dengan kemudahan fasiliti termasuk kawasan parkir dan surau yang luas bagi memudahkan pengunjung menunaikan solat dengan selesa.
‘Bufet 25 Malam’ juga bakal dimeriahkan dengan kehadiran empat penyanyi terkenal iaitu Zamani, Ezad Lazim, Haziq Rosebi dan In-Team yang diundang khas sebagai tarikan utama untuk menghiburkan para tetamu pada hujung minggu.
Sebanyak lebih 100 sajian lazat bakal dihidangkan termasuklah hidangan signature wajib dicuba iaitu Nasi Arab Kambing Sujud yang disediakan menggunakan pelbagai herba dan rempah ratus selain Shawarma dan Daging Tetel Gulai Kawah.
Bukan itu sahaja, Zai Sri Gemilang juga turut menyediakan menu utama yang sering menjadi tumpuan pengunjung seperti Nasi Minyak, Kambing Bakar, Daging Masak Hitam, Ikan Dory Masam Manis, Sup Soto Tulang Kambing Madura, Soto Ayam, Mi Kari Nyonya, Bubur Lambuk, Char Kuey Teow, Mi Goreng Mamak dan Beraneka Pasta.
Pelbagai gerai makanan turut disediakan untuk menyajikan hidangan aneka pilihan jenis pembuka selera seperti ulaman, sambal, keropok, gorengan, sup, murtabak, roti jala, roti john, pencuci mulut seperti kuih muih, puding, aiskrim, buah-buahan, minuman serta banyak lagi.

Tambat hati orang, pikat perut dahulu

Mengulas lanjut mengenai penganjuran ‘Bufet 25 Malam’ tahun ini, Datin Hajah Zaiton Haji Abdul Rahman selaku Pengasas dan Pengarah Urusan Zai Sri Gemilang amat berpegang teguh kepada satu prinsip.
“Kata orang-orang lama, kalau ingin menambat hati seseorang pikatlah perutnya. Kalau perut sudah terpikat, maka senanglah hatinya.
“Sudahpun berkecimpung dalam bidang katering selama dua dekad, sememangnya saya amat berpegang teguh dengan kebenaran kata- kata ini yang diletakkan sebagai asas utama bagi memastikan Zai Sri Gemilang terus kekal sebagai pilihan katering premium khususnya di sekitar Lembah Klang.
“Oleh itu, aspek penyediaaan sajian berkualiti yang lazat dan bersih tidak boleh dikompromi sama sekali.
“Untuk promosi bufet Ramadan tahun ini, kami turut membawakan suasana Timur Tengah ke dalam dewan menerusi dekorasi yang disediakan sekali gus memberikan 'rasa' kepada tetamu ketika berbuka puasa bersama kami,” ujarnya.

Harga

Zai Sri Gemilang menawarkan harga RM108 (Isnin-Jumaat) dan RM118 (Sabtu-Ahad) untuk orang dewasa.
Harga untuk warga emas yang berumur 60 tahun ke atas serta kanak-kanak yang berumur 7 hingga 12 tahun akan dikenakan caj bayaran sebanyak RM68 sahaja.
Manakala pakej berbuka puasa persendirian dan korporat pula berharga RM95 seorang untuk tempahan minima 400 orang ke atas.
Untuk sebarang pembelian baucar atau tempahan, sila layari laman zaisrigemilang.com atau hubungi talian 019-228 4349/ 013-287 4349/ 012-316 1164/ 012-731 6929.
Ikuti akaun rasmi media sosial Zai Sri Gemilang untuk mengetahui sebarang informasi lanjut dan terkini mengenai kami.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ruhainies Sambut Aidilfitri Di Tanah Suci, Mohon Maaf Pada Semua - "Semoga Allah Bersihkan Hati, Sucikan Diri"

gempak
09/04/2024
21:55 MYT
Pelakon sensasi Ruhainies memanjatkan rasa syukur dapat menunaikan ibadah pada hari terakhir Ramadan di Tanah Suci Makkah.
Berita

Hajat Beli Baju Raya Anak Tak Sampai, Suami Isteri Rentung Dalam Kemalangan

gempak
09/04/2024
00:25 MYT
Hasrat sepasang suami isteri untuk membeli baju raya empat anaknya tidak kesampaian, apabila kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan di Jalan Bukit Mantin menghala ke Seremban, pagi tadi. Hasmadi Ahmad, 56, berkata anak perempuannya, Noor Azeana Azreen dan menantunya Abdul Halim Mat Rani, dalam perjalanan dari rumah mereka di Beranang ke rumah k
Gaya Hidup

Cuaca Panas Melampau, Doa Penduduk Kampung Pesagi Minta Hujan Dimakbulkan

gempak
08/04/2024
23:55 MYT
Tiada doa yang mustahil untuk dimakbulkan oleh Sang Pencipta, Allah SWT. Itulah yang boleh dikaitkan dengan situasi penduduk di Kampung Pesagi, Maran, apabila doa mereka meminta hujan ekoran daripada cuaca panas melampau dikabulkan seusai solat Istisqa’ (Solat mohon hujan). Menurut Kadi Daerah Maran, Amirul Farhan Wahi memaklumkan jemaah menun
Viral

Flat Dipenuhi Lampu Warna-Warni Untuk Sambut Aidilfitri, Netizen Puji Muafakat Penduduk - “Mantap Ukhwah Rumah Flat Ni”

gempak
08/04/2024
13:27 MYT
Hari Raya Aidilfitri bakal diraikan oleh semua umat Islam di seluruh dunia dalam beberapa hari sahaja lagi. Oleh kerana ia merupakan hari yang istimewa buat umat Islam, kedatangan hari raya selalunya disambut dengan pelbagai dekorasi seperti pemasangan lampu yang menghidupkan lagi suasana Aidilfitri. Itulah yang dapat dilihat menerusi satu hantar
Viral

Akibat Pakai Jubah Warna Hitam Berkilat, Baju Raya Pemuda Ini Disamakan Dengan Plastik Sampah!

gempak
08/04/2024
05:55 MYT
Sempena Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba, pasti ramai umat Islam yang telah membuat persiapan seperti membeli baju baharu untuk menyambut kedatangan Aidilfitri. Bagaimanapun, menerusi satu hantaran lucu yang dimuat naik di Platform X, pakaian untuk hari raya pemuda ini menjadi bahan ketawa netizen apabila jubah yang dibelinya disamakan