,
Laman Utama

#Foodieslife: Asyik Oren Je, Tau Tak Lima Buah Ni Pun Ada Vitamin C

Mya Amri
28/08/2021
14:01 MYT
Selama ini pasti ramai yang beranggapan secara tipikalnya buah oren adalah sumber terbaik vitamin C.
Lagi-lagi saat negara sedang berdepan dengan COVID-19, ramai yang membeli buah oren sebagai salah satu ikhtiar untuk mendapatkan vitamin C secara semulajadi buat tubuh badan.
Tetapi korang tahu tak ada lagi buah lain yang sebenarnya mengandungi vitamin C.
Jadi korang tak adalah bosan asyik makan buah oren je kan, why not tukar buah-buahan lain pula.
Nah, #Foodieslife senaraikan antara buah yang tinggi vitamin C
#Jambu Batu
Kandungan Vitamin C dalam jambu batu sebenarnya hampir dua kali ganda dari limau. Dalam sebiji buah jambu batu yang berukuran sederhana mengandungi lebih daripada 250mg Vitamin C. Selain itu, jambu batu juga kaya dengan Serat, Asid Folat, Kalium dan Mangan.
Kredit foto: majalah kesihatan
#Betik
Buah betik merupakan antara buah-buahan yang mengandungi Vitamin C cukup tinggi. Selain itu, betik juga mengandungi nutrisi lain seperti Vitamin A dan B9 (Folat) yang baik diambil oleh wanita hamil.
Kredit foto: Impiana
#Kiwi
Buah kiwi mengandungi dua kali ganda lebih vitamin C berbanding buah oren. Selain mengandungi vitamin C, buah kiwi juga merupakan sumber magnesium, kalium, vitamin A dan vitamin E.
Kredit foto: healthifyme.com
#Anggur
Setiap 100 gram buah anggur mengandungi 10.8 mg vitamin C. Buah anggur merah mengandungi zat besi, kalium, serat dan tinggi antioksidan.
Kredit foto: Sajian Sedap
#Nanas
Cukup dengan hanya satu potong besar nanas, korang dah boleh 79,3 miligram vitamin C. Jumlah ini dapat memenuhi 88% keperluan vitamin C korang dalam satu hari tau. Selain itu nanas juga terkenal dengan kandungan bromelain.
Bromelain adalah enzim pencernaan yang membantu memecah protein dalam makanan dan mengurangi kembung. Enzim ini juga dapat berfungsi sebagai zat antiradang.
Kredit foto: Kompas Health
Selamat makan buah guys! Buah jus pun sedap ni.
Kredit main foto: Keluarga
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#FOODIESLIFE: Ibu Hamil Boleh Makan Udang? Ini Penjelasannya

gempak
11/08/2024
13:55 MYT
Adakah wanita yang sedang mengandung boleh menikmati makanan laut itu? Ini penjelasannya:
Gaya Hidup

#FOODIESLIFE: Makanan Yang ‘Dicemari Rambut’ Manusia Boleh Dimakan Atau Tidak? Ini Penjelasan Pakar

gempak
23/07/2024
14:55 MYT
Kita kerap mendengar tentang kes pengguna terjumpa helaian atau gumpalan rambut dalam makanan.
Gaya Hidup

#FOODIESLIFE: 4 Kesan Buruk Jika Anak-Anak Suka Minum Minuman Manis

gempak
18/02/2024
13:55 MYT
Jika tidak diatasi, masalah-masalah itu akan memberi impak negatif terhadap kesihatan anak-anak
Gaya Hidup

#FOODIESLIFE: Kurangkan Kesan Batuk Lepas Banyak Makan Limau

gempak
16/02/2024
14:55 MYT
Sepanjang cuti Tahun Baharu Cina ini, sudah pastinya kita begitu teruja untuk menikmati buah limau mandarin
Terkini

#FOODIESLIFE: Lepas Kek Tapak Kuda, Kini Hadir Pula Kek Tapak Gajah? Netizen Cemas Pengguna Tak Hirau Kandungan Gula Dalam Makanan!

gempak
20/01/2024
08:55 MYT
Tular pula Kek Tapak Kuda yang saizkan berganda daripada saiz asal. Lebih menarik, pencuci mulut itu diberi gelaran Kek Tapak Gajah