,
Laman Utama

Followers Minta Nasihat Rumah Tangga, Ini Jawapan Nad Zainal

Shahrin Zulkifle
05/09/2022
12:00 MYT
“Berikan diri anda peluang kedua”
Begitu nasihat yang diberikan pelakon Nad Zainal kepada seorang pengikutnya yang bertanyakan pendapat tentang masalah hubungan perkahwinan yang dihadapi individu berkenaan.
Nad atau nama asalnya Farah Nadia Zainal Abidin berkongsi nasihat itu menerusi sesi soal jawab di Instagram Stories baru-baru ini.
Individu yang tidak kenali identitinya itu memberitahu kepada Nad bahawa dia sudah cukup lama bertahan dengan sikap pasangannya lalu meminta nasihat daripada aktres itu.
“Saya dalam fasa bertahan atau pergi, jika pergi saya tiada apa-apa, bermaksud saya perlu memulakan hidup saya dari awal semula, jadi apa pendapat awak?” tanya individu berkenaan.
Dalam pada itu, pelakon drama Dendam Seorang Isteri itu turut berkongsi kata-kata “Ambil nafas, hembus dan move on” pada hantaran yang sama.
Terdahulu, Nad mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya, Muhammad Faliq Amiruddin pada Sabtu.
Nad bagaimanapun enggan mendedahkan punca sebenar rumah tangga yang dibina bersama suami sejak Disember 2015 musnah.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 6 tahun dan Budi Kalsom, setahun.
BACA: 7 Tahun Kahwin, Nad Zainal Bercerai
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gara-Gara Makan Berlebihan, Kucing 'Oyen' Cecah Berat Lebih 17 Kilogram

gempak
08/09/2024
11:55 MYT
Seekor kucing jantan gergasi yang memiliki berat menyamai kanak-kanak ditemui tinggal di ruang bawah tanah sambil makan biskut dan minum sup.
Berita

Gara-Gara Mahu Menang iPhone, 4 Individu Sanggup Bogel Depan Orang Ramai

gempak
31/08/2024
23:55 MYT
Perbuatan empat orang individu menanggalkan pakaian di hadapan orang ramai untuk mendapatkan peluang memenangi telefon pintar iPhone telah mencetuskan kemarahan di Russia.
Berita

Tiga Kanak-Kanak Ditahan, Serang Rumah Pakai Busur & Anak Panah

gempak
22/08/2024
23:25 MYT
Perbuatan tiga kanak-kanak lelaki yang menyerang sebuah rumah dengan menggunakan  busur dan anak panah mengundang perhatian orang ramai.
Berita

Akibat Tak Diajak Selfie, Lelaki Tergamak Cekik Kekasih

gempak
22/08/2024
21:22 MYT
Seorang pemuda berusia 20 tahun ditahan kerana mencekik kekasihnya di dalam lif selepas berang dia tidak diajak untuk merakam swafoto bersama-sama.
Berita

Diminta Hantar Makanan Ke Balai Polis, Pelanggan Rupa-Rupanya...

gempak
22/08/2024
14:55 MYT
Seorang penghantar makanan Thailand menempuh detik seram apabila menerima pesanan daripada seorang pegawai polis yang sudah meninggal dunia.