Hiburan

Fokus Pada Kehidupan Baharu, Idzham Ismail Enggan Ambil Tahu Hal Bekas Isteri - “Saya Benar-Benar Tidak Berminat”

gempak
Ainun
07/01/2025
02:55 MYT
Sponsor Banner
Fokus Pada Kehidupan Baharu, Idzham Ismail Enggan Ambil Tahu Hal Bekas Isteri - “Saya Benar-Benar Tidak Berminat”
Pelakon Idzham Ismail mengakui dia tidak lagi mengikuti perkembangan bekas isterinya, Nur Abilah, sejak mereka bercerai pada Oktober tahun lalu.
Menerusi perkongsiannya di aplikasi Threads, Idzham atau nama sebenarnya Muhammad Idzham Ismail, 36, menjelaskan dia tidak lagi mengikuti perkembangan atau kehidupan bekas pasangan, sama ada di media sosial atau dalam kehidupan sebenar.
“Untuk pengetahuan semua, saya sedang dalam proses untuk move on, dan saya tidak lagi mengikuti perkembangan kehidupan bekas isteri saya sejak sebulan lalu.

“Hal iddah atau apa-apa perkara lain adalah antara dia dan Tuhan. Saya sudah menyampaikan pesan saya sebelum melepaskan dia sepenuhnya,” katanya menerusi Threads.

Pada masa sama, aktor tersebut meminta orang ramai supaya berhenti menghantar mesej berkaitan aktiviti bekas isterinya.
“Saya benar-benar tidak berminat untuk mengetahui tentang bekas isteri saya. Jadi, tolong berhenti menghantar mesej kepada saya tentang apa-apa yang dia lakukan,” jelasnya lagi.
Idzham juga berkongsi dia kini sedang berusaha membina kehidupan dan identiti baharu tanpa dibayangi oleh masa lalu.
Dia turut menyatakan dirinya sudah menerima apa yang telah berlaku dan berhasrat untuk terus melangkah ke hadapan dengan izin Tuhan.
“Saya kini berada dalam fasa pertama kehidupan baharu saya. InshaAllah, biarlah masa lalu menjadi sejarah. Okey?,” ujarnya.
Terdahulu, Idzham Ismail mengesahkan dia sudah bercerai dengan bekas isterinya menerusi hantaran di Instagram Story dan menegaskan tidak akan kembali bersama semula.
Idzham mengakui berdepan kemelut rumah tangga sejak empat bulan lalu yang membawanya dan bekas isteri ke proses perceraian.
Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada Ogos 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Nur Sofea Inara,7, dan Muhammad Idrus, 4.

BERITA TRENDING: 'Ringgit Thieves' Usaha Kreatif Kumpulan Ambank Beri Kesedaran Penipuan Kewangan

BERITA TRENDING: Datuk M.Nasir Hidupkan Semula Lagu Klasik Hampir Dilupakan 'Nuri Terbang Malam'

BERITA TRENDING: Langkah Bergaya Dengan Reebok Malaysia! Icons Reimagined, Athleisure Line Koleksi Wajib Ada

BERITA TRENDING: “Dulu Kami Pernah Buat ‘Opening Act’ Untuk Konsert Ella Sampai Kena Boo” – KRU Syukur Masih Diterima Ramai, Tetap Relevan Kepada Peminat

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024