,
Berita

The Flash Pilih Gadis Kadazan

Rozaimi Zubaidi
14/05/2017
01:32 MYT
Pelakon siri televisyen adiwira popular The Flash, Thomas Grant Gustin, telah memilih untuk bertunang dengan seorang gadis keturunan Kadazan dari Sabah.
Gustin yang juga dikenali sebagai pelakon drama bersiri Arrow, mengumumkan telah bertunang dengan Andrea Thoma yang berdarah kacukan separuh Kadazan.
Berita gembira itu dikongsikan oleh pasangan berkenaan menerusi laman Instagram masing-masing minggu lalu.
Menurut beberapa laporan media, Thoma mempunyai darah kacukan Sabah menerusi ibunya yang dikatakan berasal dari Kampung Kolopos di Penampang.
Thoma juga telah berkongsi beberapa keping gambar berpakaian tradisi Sabah di akaun Instagramnya.
Ternyata pengumuman itu mengejut banyak pihak dan ada juga netizen di Malaysia yang teruja mengenai perkara itu mengucapkan tahniah kepada mereka menerusi ruangan komen di media sosial.
Namun sehingga kini pasangan tersebut belum mengumumkan tarikh perkahwinan mereka dan ada juga yang telah mencadangkan 'super heroes' dijadikan tema majlis perkahwinan mereka itu nanti.
Sumber: People.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Nusantara

Ben Affleck Mainkan peran Batman di film The Flash

gempak
21/08/2020
08:09 MYT
Hiburan

Pelakon The Flash Belajar Sebut 'Jangan Kacau'

gempak
16/01/2020
16:00 MYT
Terkini

Akhirnya...Pelakon The Flash Kongsi Gambar Perkahwinannya Dengan Wanita Sabah!

gempak
21/12/2018
08:40 MYT