gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Jennifer Coppen Dikecam Kongsi Gambar Mesra Dalam Hotel , Netizen Anggap Tak Sensitif - “Kenapa Perlu Post Begitu?”
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: “Rayme Adalah Contoh Terbaik Untuk….” - Aina Abdul
HIBURAN
Hafiz Suip Sebak, Terpaksa Berjauhan Dengan Anak-Anak - “Setiap Hari Rasa Nak Call Walaupun Macam Mustahil…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Fizz Fairuz Kongsi Video Tentang ‘Individu Yang Suka Melagakan Orang & Batu Api’, Netizen Syak Ada Sesuatu - “Kawan Sendiri Pula Tu…”

Umirah Halim
Umirah Halim
22/07/2025
09:55 MYT
Sponsor Banner
Fizz Fairuz Kongsi Video Tentang ‘Individu Yang Suka Melagakan Orang & Batu Api’, Netizen Syak Ada Sesuatu - “Kawan Sendiri Pula Tu…”
Pelakon, Datuk Fizz Fairuz mencuri perhatian netizen selepas memuat naik satu video menggunakan audio sindiran mengenai sikap ‘batu api’ dan individu yang suka melagakan orang lain.
Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi akaun TikTok miliknya, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat memandangkan pelakon filem Nur Kasih The Movie itu jarang berkongsi kandungan berbentuk luahan atau sindiran sebelum ini.
@dfizzfairuz
Itu lah nama manusia
♬ original sound - azieaj74
“Itu lah nama manusia,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya meluahkan rasa terkejut dan menyatakan bahawa Fizz mungkin sudah lama memendam rasa.
Selain itu, ada juga yang menitipkan kata-kata semangat buat Fizz agar tabah menghadapi dugaan hidup.
“Tak pernah tengok Dato’ Fizz post macam ni. Mesti dah lama pendam kan.
“Tak apa Dato’, orang macam ni tak selamanya senang. Insya-Allah ada hikmah yang menanti.
“Bersabarlah Dato’, kifarah itu ada. Lambat atau cepat saja. Semoga ada rezeki yang lebih baik buat Dato’ sekeluarga,” tulis beberapa netizen.
Perkongsian tersebut turut dikaitkan dengan keputusan Fizz untuk mengundur diri daripada tugas sebagai penyampai radio di Suria FM, yang diumumkan pada Jumaat lalu.
Bagaimanapun, setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak Fizz Fairuz mengenai video tersebut,
Untuk rekod, Fizz memulakan tugas sebagai penyampai di segmen Morning Morning Suria pada 21 Januari tahun lalu, bergandingan bersama Ajak Shiro dan Kai Hassan.
Sepanjang setahun enam bulan mengendalikan segmen pagi itu, Fizz dikenali dengan karakter ceria dan spontan yang menceriakan pendengar setiap hari.
Topic Berkaitan
#Fairuz
#Fizz
#batu api
#lagakan orang
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement