,
Laman Utama

Fizi Ali Bawa Isu Anak Ke Mahkamah - "Larilah Jauh Mana Boleh Lari, Pusing Selagi Boleh Pusing"

Amri Hassan
28/12/2023
00:55 MYT
Pengacara dan penyampai radio, Fizi Ali memilih tindakan undang-undang untuk menyelesaikan kemelut yang membabitkan urusan penjagaan anak dengan bekas isterinya, Shakilla Khoriri.

BERITA TRENDING: "Ada Sebab Saya Sekat Fizi Di WhatsApp" - Shakilla Khoriri

Fizi menerusi hantaran di Instagram memaklumkan dia menyerahkan kepada pihak yang lebih arif berhubung tuntutan hak penjagaan anak mereka, Ameena Sofia.
"Seperti yang dijangka..call tak berangkat WhatsApp tak di-reply. Lari la jauh mana boleh lari...tengok jauh mana boleh lari lagi..pusing selagi boleh pusing.
"Date dah dapat..kita akan selesaikan di tempat sepatutnya....sabar sikit lagi daddy jumpa awak..InshaAllah," maklum Fizi.

PILIHAN PEMBACA: Dituduh Cuba Pisahkan Ameena & Shakilla, Fizi Ali; "Salahkah Seorang Ayah Nak Bersama…

Tindakan Fizi itu mencetuskan pelbagai respons dalam kalangan warganet.
"Kenapa post untuk nampakkan buruk satu pihak? Patut settle diam-diam.
"Kenapa macam tu perangai sejak Fizi kahwin (baru)? Nampak sangat jealousnya. Cubalah chill.
"Hari tu ade terbaca komen orang lain kat IG jgk rasanya.. dia (Shakilla) cakap sebab ameena alah dengan kucing.. Dan isteri baru Fizi bela kucing. Tu yang tak bagi jumpa kan. Risau ameena sakit," demikian tulis beberapa warganet.
Sebelum ini, Fizi meluahkan kekesalan apabila niatnya untuk bertemu dengan Ameena semasa majlis graduasi tidak kesampaian.
Jumaat lalu, Fizi sekali lagi meluahkan rasa rindunya terhadap Ameena sehingga termimpi-mimpi.
Untuk rekod, Fizi dan Shakilla bernikah pada 18 Januari 2018 namun bercerai pada Disember 2021.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”

gempak
20/09/2024
04:58 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan membuat laporan polis selepas ada individu bertindak meninggalkan komen jelik terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.