GAYA HIDUP
Financial Faiz: Emas Simpanan Bernilai Dari Dulu Hingga Kini
Emas telah menjadi simbol kekayaan dan pelaburan yang bernilai sejak zaman nenek moyang kita.
Dari dulu hingga kini, emas masih menjadi pilihan utama untuk disimpan kerana nilainya yang sentiasa meningkat oleh itu Pendidik Kewangan, Faiz Azmi turut berkongsi pandangannya tentang kelebihan memiliki emas, terutama dalam konteks pelaburan jangka panjang dan sebagai hadiah bernilai.
Kenapa Ramai Orang Mahu Simpan Emas?
Menurut Faiz Azmi, emas merupakan aset yang dianggap berharga oleh kebanyakan orang. Malah, ia kini semakin menjadi pilihan sebagai hadiah sempena perayaan seperti Hari Raya.
"Musim raya sekarang ini ada yang bagi emas sebagai hadiah atau duit raya. Bijak juga cara ini sebab kalau bagi kepada anak, dia boleh simpan dan tak berbelanja emas ini untuk benda yang bukan-bukan. Kalau simpan lama-lama pun nilainya akan semakin naik." katanya.
Berbeza dengan instrumen pelaburan lain seperti saham atau unit amanah yang memberikan dividen dan bonus, keuntungan emas datang daripada kenaikan harga per gram.
"Emas ini anda kena faham ya, dia punya untung itu daripada kenaikan harga emas per gram, bukan macam instrumen pelaburan lain yang bagi dividen atau bonus. Emas lain, kalau anda simpan 10 gram selepas 10 tahun pun masih 10 gram juga, tapi nilai dia yang meningkat." tambah Faiz.
Pelaburan Emas Kini Lebih Mudah Dengan Bursa Gold Dinar
Dengan perkembangan teknologi, kini pelaburan emas menjadi lebih mudah menerusi platform Bursa Gold Dinar.
Ini adalah satu platform selamat dan 100% patuh syariah yang membolehkan sesiapa sahaja memulakan pelaburan emas digital dengan modal serendah RM10 sahaja.
Bukan itu sahaja, bagi mereka yang ingin memiliki emas fizikal, platform ini juga membenarkan penukaran emas digital kepada fizikal dengan syarat minimum 4.25 gram untuk ditukar kepada 1 dinar emas fizikal.
Hadiahkan Emas Sebagai Duit Raya
Sebagai satu alternatif kepada duit raya dalam bentuk tunai, pemberian dinar emas semakin mendapat perhatian kerana ia lebih bernilai dan mampu menjadi aset simpanan berharga untuk penerimanya.
Ini menunjukkan emas bukan sahaja sebagai hiasan atau simpanan, tetapi juga sebagai aset yang boleh diwarisi dan memberi manfaat kepada generasi akan datang.
Must-Watch Video