,
Sukan

Final Piala Malaysia: Zaquan & Aidil Jadi Seteru, Ibu Pening Nak Doakan Siapa

Amri Hassan
31/10/2019
02:56 MYT
Bahang perlawanan akhir Piala Malaysia kian terasa!
Perlawanan pada Sabtu ini bakal menemukan Kedah dan Johor Darul Ta'zim (JDT) sekali gus menjadi final kali pertama menampilkan pasangan kembar, Zaquan Adha Abdul Radzak dan Aidil Zafuan, sebagai seteru bagi tempoh 13 tahun karier mereka dalam kancah bola sepak.
Ia sesuatu yang istimewa buat kedua-dua pemain kebangsaan itu yang akhirnya bertemu dalam skuad yang berbeza di pentas final liga domestik.
Zaquan, yang bersama Kedah ketika ini, antara watak penting menggerakkan jentera serangan Lang Merah ketika abang kembarnya, Aidil Zafuan Abdul Razak, pilihan utama yang bakal membarisi pertahanan JDT.
"Kami selalunya akan menghubungi ibu menjelang perlawanan dan apabila mengetahui bakal berdepan JDT dalam final, ibu tidak tahu ingin mendoakan kejayaan bagi saya atau Aidil.
"Jadi siapa yang menang dalam final, itu rezeki masing-masing. Semoga berjaya buat JDT dan Aidil," kata Zaquan memetik laporan Stadium Astro.
Kedah melewati aksi menarik ketika mematikan langkah Pahang di Stadium Darul Makmur, Sabtu lalu.
Tegas Zaquan, ia adalah perlawanan paling menarik yang pernah dilaluinya bagi tempoh 13 tahun bergelar pemain bola sepak dan sewajarnya menjadi kenangan termanis untuk perjalanan kariernya.
"Perlawanan ini menguji tahap kesabaran dan mental pemain-pemain. Agregat 8-8 merupakan jaringan terbanyak dalam saingan separuh akhir Piala Malaysia," katanya lagi.
Nada yang sama turut dikongsi kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar, merujuk kepada pertembungan yang menuntut prestasi terbaik yang telah ditampilkan kedua pasukan bagi tempoh 120 minit.
"Saya telah beraksi bersama Kedah selama 14 tahun. Ini merupakan perlawanan paling dramatik dan jika kami gagal ke final, penyokong tetap akan berpuas hati dengan persembahan kami," katanya.
Sumber: Stadium Astro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Che Ta Dedah Identiti Lelaki Bawa Lari 2 ‘Maid’ Ayu Raudhah, Zaquan Adha - “Inilah Jantan H*nat yang Tak Ada Teloq…”

gempak
10/09/2024
03:25 MYT
Pelakon Rozita Che Wan tampil mendedahkan identiti lelaki yang didakwa membawa lari dua orang pembantu rumah adiknya iaitu aktres Ayu Raudhah, pada Ogos lalu.
Sukan

Final Piala FA: "Bukan Sebab Saya Bekas Pemain JDT, Tetapi..." – Ini Ramalan Juara Zaquan Adha

gempak
24/08/2024
06:53 MYT
Perlawanan malam ini juga turut mendapat perhatian bekas pemain Harimau Malaya, Zaquan Adha.
Hiburan

Maid Sentap Kena Marah Dengan Zaquan, Punca Lari Dari Rumah - "Mereka Tidur, Biarkan Mak Masak, Dengan Baju Berlonggok"

gempak
22/08/2024
08:25 MYT
Suami kepada pelakon jelita Ayu Raudhah, iaitu Zaquan Adha mendedahkan dua pembantu rumahnya yang melarikan diri malam tadi sempat mencuri kepingan duit raya yang disimpannya di rumah.
Hiburan

Baby Boy! Ayu Raudhah, Zaquan Adha Selamat Timang Cahaya Mata Ketujuh

gempak
04/08/2024
03:55 MYT
Pelakon Ayu Raudhah selamat melahirkan bayi ketujuh di sebuah pusat perubatan swasta di Negeri Sembilan pada jam 12.57 tengah hari, Jumaat.
Hiburan

“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A

gempak
26/04/2024
09:34 MYT
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat