,
Hiburan

Filem Sepet Kembali Ditayangkan Di Pawagam Selepas 20 Tahun

Khairil Khusyairi
27/08/2024
12:55 MYT
Dalam sambutan ulang tahunnya yang ke-20, karya agung Allahyarham Yasmin Ahmad iaitu Sepet kembali nostalgia ke layar GSC untuk masa yang terhad.

Nostalgia Sepet

Sepet mengisahkan tentang dua remaja Malaysia yang berbeza bahasa, budaya, bangsa dan agama tetapi berkongsi perasaan cinta antara satu sama lain.
Watak utama remaja lelaki adalah dari etnik Cina berketurunan Tiong Hua bernama Ah Loong atau Jason (Ng Choo Seong). Watak utama remaja perempuan pula adalah dari etnik Melayu bernama Orked (Sharifah Amani).
Kedua-dua remaja ini merupakan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan masing-masing sedang menunggu keputusan SPM mereka. Kedua-dua watak kemudiannya ditemukan dan akhirnya telah jatuh cinta di antara satu sama lain.

Kembali Ke Pawagam

Jika anda tidak pernah menonton klasik Malaysia yang digemari ini, jangan lepaskan peluang ini untuk menontonnya di skrin besar!
Filem drama romantik ini akan ditayangkan secara eksklusif dari 29 Ogos hingga 18 September di lokasi GSC terpilih, termasuk GSC Mid Valley, GSC 1 Utama, GSC Paradigm JB, dan GSC CityOne Kuching.
Ia akan berharga RM15 setiap tiket.
Siaran semula ini adalah sebahagian daripada kempen Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia GSC, yang meraikan warisan Malaysia melalui beberapa siri filem buatan tempatan.
Kehebatan filem Sepet terbukti di festival filem dalam dan luar negara. Filem ini telah merangkul enam anugerah di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-18 pada tahun 2005 iaitu Filem Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Pelakon Harapan Lelaki, Pelakon Harapan Wanita dan Poster Terbaik (Wanda, 2005).
Selain itu, Sepet turut merangkul anugerah Filem Asia Terbaik pada Festival Filem Antarabangsa Tokyo ke-18 juga berlaku pada tahun 2005 (TIFF18).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Filem

Ribuan Peminat Hadiri Jelajah Baik Punya Ah Long, 5 Pawagam di Terengganu & Johor Riuh Dengan Sokongan Penonton!

gempak
15/09/2024
12:55 MYT
Kehangatan sambutan yang diberikan oleh penonton menerusi filem Baik Punya Ah Long (BPAL) semakin membara!