,
Hiburan

“Filem Melayu Terbaik Tahun Ini” - Hampir Seminggu Ditayangkan, Mael Totey The Movie Terus Jadi Pilihan Penonton!

Hanafis Haris
28/10/2020
06:04 MYT
Hampir seminggu ditayangkan, Mael Totey The Movie (MTTM) masih terus menjadi bualan ‘hangat’ di media sosial terutama buat mereka yang telah menonton filem pertama arahan YouTuber, Syahmi Sazli ini.
Pujian demi pujian dilihat tidak henti diberikan kepada filem ini.
Malah, kebanyakan pengkritik filem juga memberi ulasan yang memberangsangkan.
“Cerita yang dekat dengan kami rakyat marhaen,” kata seorang netizen.
“Filem Melayu terbaik untuk tahun ini,” kata seorang lagi netizen.
“Ciri intelektual tersembunyi halus dalam filem ini,” kata seorang peminat filem.
“Genre komedi ringan tapi sarat dengan pengaajaran,” kata seorang lagi peminat MTTM.
Anda boleh lihat banyak lagi komen dan respon mereka di bawah.
MTTM Kini Di Pawagam Rumah Anda. Untuk melanggan sila ke saluran 480.
Untuk rekod, MTTM yang mengangkat genre drama komedi ini mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya.
Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.
Membariskan selebriti Youtube Syahmi Sazli, Yoe Parey, Asif Suhaimi, Emaleen Minhad, Aween Ismail, penyampai radio GEGAR, Ewan, serta pelakon tanah air seperti Hushairi Hussain, Daler Yusof, Aznah Hamid, Kamarool Yusoff dan ramai lagi.
Jangan lepaskan peluang untuk saksikan filem MTTM yang kini berada di pawagam rumah anda, Astro First, untuk melanggan sila ke saluran 480.
Anda juga boleh strim MTTM di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Muzikal Lawak Superstar 2022

"Habis Yang Berlakon Jadi OKU Tu Macam Mana?" - Ramai Back Up Namie, Plot Twist! Netizen Pula Tegur Ahmad Idham

gempak
29/09/2022
01:27 MYT
Ramai suruh nilai dari segi pengajaran yang UBI bawakan.
Laman Utama

“Tok Sey, Nga Dio Jah, Ore Lain Dop” - Asif Suhaimi & Yoe Parey Hanya Berlakon Kalau Ada Syahmi

gempak
21/06/2022
09:30 MYT
Kalau ada tiga orang ni bergabung sekali memang lawak guys.
Laman Utama

“Keadaan Yoe Parey Semakin Baik Lepas Pembedahan, Dia Tengah Berpantang…” – Syahmi

gempak
25/12/2021
09:39 MYT
Semoga cepat sembuh Yoe...
Laman Utama

Tak Dapat Balik Kampung? Jangan Berduka, Astro Himpun Lebih 270 Program Istimewa Sepanjang Syawal!

gempak
28/04/2021
05:18 MYT
Kalau macam ni, duduk rumah lagi best!
Laman Utama

#GempakMemilih2020: Syahmi Sazli, Semangat Anak Kelantan! Dari Nobody To Somebody

gempak
31/12/2020
09:24 MYT
From nobody to somebody! Itulah antara ayat sesuai yang boleh diumpamakan tentang anak muda kelahiran Kelantan, Syahmi Sazli.