,
Filem

"Filem Ini Memberikan Renungan Tentang Erti Sebuah Keluarga" - Penonton NKCTHI

Zulaikha Yusof
08/05/2020
03:39 MYT
Filem Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI) mendapat respon yang positif daripada penonton di Malaysia selepas ditayang pada 23 April lalu.
Rata-ratanya suka dengan filem bergenre kekeluargaan yang telah mencuit perasaan setiap penonton yang menonton.
Malah, ramai yang berpendapat NKCTHI adalah filem keluarga yang terbaik pernah ditonton.
"Selepas menonton, ingin rasanya memeluk ayah seerat-eratnya di rumah.
"Sangat berkait dengan fasa kehidupan dan peranan kita masing-masing sebagai ayah, ibu, adik, kakak, suami atau isteri.
"Sebagai anak pertama dengan dua adik beradik. Filem ini jujur kena sangat.
"Filem ini memberikan renungan tentang erti sebuah keluarga.
"Bukan hanya filem keluarga, ceritanya berkait dengan semua orang. Nyata. Dekat. Lekat.
"Banyak momen meluluhkan hati," antara komen penonton.
NKCTHI dibarisi pelakon hebat daripada Indonesia, iaitu Rio Dewanto, Sheila Dara Aisha, Rachel Amanda, Ardhito Pramono, Donny Damara, Susan Bachtiar dan ramai lagi.
Secara eksklusif, buat kali pertama filem NKCTHI ditayang terus di pawagam rumah anda!
NKCTHI menceritakan tentang kehidupan tiga adik beradik Angkasa (Rio Dewanto), Aurora (Sheila Dara Aisha) dan Awan (Rachel Amanda).
Mereka mempunyai kisah pilu masing-masing. Keadaan menjadi semakin tegang apabila Awam jatuh cinta pada Kale. Perubahan Awan disedari oleh bapa mereka, Narendra.
Sebagai seorang ayah yang tegas, Narendra cuba mengawal anaknya. Tindakan tersebut turut memberi tekanan buat Angkasa dan Aurora. Ini mendorong pemberontakan Angkasa, Aurora dan Awan sehinggalah rahsia besar keluarga mereka terbongkar.
Filem ini menyaksikan gabungan kerjasama Astro Shaw bersama penerbit yang sering memenangi anugerah utama di Indonesia, Visinema Pictures yang juga merupakan penerbit filem animasi terkenal Indonesia, NUSSA, bersama IDN Media, Blibli.com serta XRM Media.
Jangan lupa untuk sewa NKCTHI di Astro First saluran 480 dan strim On Demand.
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Peraduan

Sewa DESPICABLE ME 4-MOVIE COLLECTION di Astro First dan Berpeluang Untuk Memenangi Hadiah Lego Minion!

gempak
18/09/2024
15:34 MYT
Menang Lego Minion dari DESPICABLE ME 4 sekarang!
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.