,
Filem

Filem The Experts Ungguli Box Office, 4 Hari Tayangan RM5 Juta!

Asyikin Mayudin
27/05/2024
04:23 MYT
Kini giliran filem The Experts terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures mengungguli carta kutipan filem tempatan dengan meraih kutipan RM5 juta dalam tempoh empat hari tayangan rasmi di pawagam seluruh negara.

Kutipan RM5 Juta!

Filem yang memaparkan kisah lima beradik merancang satu rompakan terbesar ini bukan sahaja memberi nilai hiburan semata-mata tetapi turut menyelitkan mesej pengajaran kepada penonton, seperti hubungan kekeluargaan dan kesan daripada sesuatu tindakan.
Sementara itu, antara babak yang menjadi tumpuan adalah adegan Keyrol (Syafiq Kyle), Emma (Mimi Lana), Amer (Remy Ishak) dan Lan (Ray Dapdap) ketika makan malam.
Rata-rata penonton merasakan babak tersebut amat dekat dengan mereka dan bersetuju karakter adik-beradik tersebut memang wujud.
Penerbit Eksekutif ‘The Experts’ yang juga Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, mengucapkan terima kasih kepada penonton yang berterusan menyokong filem The Experts.
“Terima kasih kepada semua penonton yang terus menyokong filem The Experts dan sekali gus percayakan filem tempatan.

“Kami dapati penonton sudah mula ulang tonton filem aksi heist ini dan antaranya peminat naskhah tempatan, Chee Chi Wai yang telah menonton filem The Experts sebanyak 9 kali di pawagam sejak ia ditayangkan.

“Memandangkan cuti sekolah telah bermula, kami menyarankan mereka untuk menonton beramai-ramai dengan bimbingan dewasa kerana filem ini bukan hiburan semata-mata tetapi banyak mesej pengajaran yang ingin disampaikan,” ujarnya.
‘The Experts’ diarahkan oleh pengarah Andre Chiew dan Nizam Shah serta menonjolkan persembahan mantap pelakon-pelakon hebat tanah air, seperti Dato Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak, Ray Dapdap, Maya Karin, Tony Eusoff, Wan Hanafi Su, Jay Iswazir, Douglas Lim dan Michael Ang.

BERITA TRENDING: Peminat Cipta Rekod Menonton The Experts 9 Kali Di Pawagam Dalam Tempoh 4 Hari!

‘The Experts’ menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak, kembali berkumpul kerana satu ugutan. Mereka mendapat arahan daripada gangster paling merbahaya untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar berisiko tinggi.
Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lampau. Bagaimana mereka harus berdepan musuh dan melindungi keluarga?
Adakah misi rompakan ini akan menjadi kali terakhir untuk lima adik beradik ini bersama?
Gunakan #TheExpertsMovie #BePartOfTheExperts #SatuRompakanTerbesar di media sosial anda. Ikuti perkembangan terbaru dan info-info menarik filem The Experts di akaun media sosial Astro Shaw menerusi platform Instagram, X, Facebook, TikTok dan YouTube.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Remy Ishak Dapat Datuk, Ashraf Muslim Terima Pingat

gempak
25/08/2024
11:21 MYT
Pelakon Remy Ishak bergelar Datuk selepas menerima darjah kebesaran Pangkuan Seri Melaka (DPSM) dalam istiadat pengurniaan darjah kebesaran telah dijalankan di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh pada Sabtu.
Filem

Tolong Pergi Tonton Takluk: Lahad Datu, Ini Bukan Filem ‘Cikai’ & ‘Action Story’ Yang ‘Superb’

gempak
24/08/2024
04:00 MYT
Setiap pelakon dilihat seperti bukan berlakon tetapi benar-benar menghayati ‘roh’ seorang wira yang sedang mempertahankan negara dengan sepenuh jiwa dan raga.
Hiburan

“Urusan Jodoh, Ajal & Maut Bukanlah Di Tangan Saya” - Mimi Lana

gempak
17/08/2024
09:55 MYT
Pelakon Mimi Lana tampil bersuara selepas hubungan percintaannya bersama aktor Syafiq Kyle kembali menjadi perbualan netizen.
Hiburan

“Saya & Mimi Mahu Fokus Karier Masing-Masing Dahulu Sebelum Melangkah Ke Arah Seterusnya” - Syafiq Kyle

gempak
15/08/2024
08:25 MYT
Pelakon Syafiq Kyle berkongsi perkembangan terkini mengenai hubungannya  bersama aktres Mimi Lana.
Hiburan

Masuk Kem Latihan Seminggu, Syafiq Kyle Kongsi Cabaran Ketuai ‘The Real’ Komando Dalam Takluk: Lahad Datu  – “Kami Dilayan Seperti…”

gempak
13/08/2024
11:55 MYT
Pelakon Syafiq Kyle menyifatkan kemunculannya dalam filem Takluk: Lahad Datu adalah antara tanggungjawab yang terbesar yang digalasnya sepanjang bergelar anak seni.