,
Laman Utama

Filem Duan Nago Bagho Angkat Elemen Aksi & Maruah Seni Tarian Mak Yong

Izwan Isa
12/12/2022
12:50 MYT
Sejak kebelakangan ini, filem bercorak aksi meraih banyak respons positif dalam kalangan penonton di Malaysia.
Melihat pada potensi filem sebegini membuatkan syarikat produksi Kalamarif Holdings Sdn. Bhd. muncul dengan sebuah naskhah istimewa berjudul Duan Nago Bogho.
Menariknya, filem ini mengetengahkan seorang pengarah dan pelakon Sabri Yunus yang cukup dikenali dengan naskhah Pok Ya Cong Codei.
Penerbitnya, Kolonel Bersekutu (PA) Arisz Ab Rahman berkata, pihak produksi berminat untuk menerbitkan filem ini kerana tertarik dengan skrip dan jalan cerita yang turut dihasilkan Sabri.
“Saya melihat filem ini berbeza dengan filem-filem aksi sedia ada. Duan Nago Bogho benar-benar filem berwajah kita yang menggabungkan aksi dengan elemen seni budaya Malaysia iaitu Mak Yong dengan nilai komersial.
“Mengenai pemilihan tajuk pula, ia adalah gambaran sifat watak utama iaitu Duan seperti ular Nago Bogho atau lebih dikenali sebagai ular tedung selar,” ujarnya.
Beliau berkata, filem sulung terbitan syarikatnya itu menelan kos perbelanjaan sebanyak RM2 juta dan menggunakan dialek bahasa Kelantan sebanyak 80 peratus.
Mula menjalani penggambaran selama 30 hari pada April 2021 di lokasi seperti Kuala Lumpur (90 peratus) dan Kelantan (10 peratus).
Menampilkan pelakon Asrul Faizal selaku teraju utama membawakan watak Duan, filem berkenaan turut menampilkan barisan pelakon seperti Datuk Rosyam Nor, Jojo Goh, Sangeeta Krishnasamy, Husairi Husain, Angeline Tan, Issey Fadzlisham, Jason Chong dan ramai lagi.
Mengenai harapannya terhadap filem berkenaan, beliau berharap agak filem Duan Nago Bogho ini dapat diterima oleh semua golongan penonton.
“Sebagai penerbit pastinya saya ingin mendapat kutipan yang memberangsangkan dan diterima oleh seluruh penonton tanpa mengira negeri dan latar belakang.
“Walaupun latarnya mengenai kehidupan watak utama sebagai orang Kelantan dan kebanyakannya berdialek Kelantan, namun isu, mesej dan jalan cerita Duan Nago Bogho berlaku di mana-mana sahaja,” ujarnya.
Sementara itu, Sabri pula menjelaskan dia berminat menulis skrip serta pengarah filem berkenaan setelah melalui sendiri pengalaman yang menarik perhatiannya dalam bidang kesenian khususnya seni tradisional Kelantan.
Jelasnya, ada tiga faktor utama untuk menghasilkan Duan Nago Bogho iaitu mengenai cinta pada seni yang tinggi, pertembungan ideologi pada nilai kesenian dan melihat kepada nilai setiakawan serta pembelotan dalam hubungan persahabatan.
“Ketiga-tiga faktor ini saya rangkumkan menjadi sebuah naskhah dan menjadi tunjang kepada penceritaan yang ingin disampaikan.
“Ia bukanlah sebuah filem aksi semata-mata dan lebih kepada perjuangan dalam pertahankan maruah seni Mak Yong.
“Watak Duan juga seorang yang melalui dunia pergaduhan demi maruah diri, namun dia bukan jahat atau samseng, tetapi orang yang sangat menjaga maruah dan harga diri, maruah dan harga seninya,” ujarnya.
Duan Nago Bogho mengangkat kisah seorang anak seni tradisional Kelantan Mak Yong iaitu Duan yang juga pemain peran Mak Yong yang mempunyai dua personaliti. Dia yang mencintai seni tradisional juga dalam masa yang sama sangat suka bergaduh.
Kisahnya bermula selepas Duan bergaduh dengan penonton Mak Yong yang mengganggu sewaktu dia sedang membuat persembahan sehinggalah ayahnya meminta dia untuk meninggalkan kampung dan mencari kerja lain.
Rakannya iaitu Awi yang tinggal di Kuala Lumpur mengajak Duan ke ibu kota. Awi memberitahu Kuala Lumpur memberikan peluang yang lebih luas dalam bidang seni, termasuklah Mak Yong. Awi adalah pekerja seni yang cuba membawa seni Kelantan ke arah yang lebih luas dan maju.
Selain itu, tugas Duan adalah untuk membantu Nancy, anak kepada Jimmy Ang iaitu seorang lelaki cina keturunan Kelantan sehingga membawa konflik dalam hidup Duan.
Filem Duan Nago Bogho akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia pada 19 Januari 2023.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Pekerja Meninggal Dunia Selepas Majikan ‘Reject’ Cuti Sakit

gempak
20/09/2024
06:25 MYT
Seorang pekerja kilang elektrik di Muang, wilayah Samut Prakan meninggal dunia selepas permintaan untuk cuti sakit tambahan ditolak dan dia dipaksa kembali bekerja oleh majikannya.
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3

gempak
20/09/2024
05:22 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3 Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”

gempak
20/09/2024
04:58 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan membuat laporan polis selepas ada individu bertindak meninggalkan komen jelik terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.
Viral

Hadir Bersama Alif Teega Di Mahkamah, Ini Respons Aisyah Hijanah Bila Ditanya Soal Perceraian…

gempak
20/09/2024
03:55 MYT
Kehadiran isteri kepada pempengaruh media sosial, Alif Teega iaitu Aisyah Hijanah menemani suaminya di Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat mengundang pelbagai reaksi netizen.