Hiburan

“Fesyen Makcik Kau Punya Laki”- Respon Nabila Huda Selepas Gayanya Memakai Skaf Dengan Bahu Terdedah Dipersoal

gempak
Kamaruddin Razal
27/07/2018
02:42 MYT
Sponsor Banner
“Fesyen Makcik Kau Punya Laki”- Respon Nabila Huda Selepas Gayanya Memakai Skaf Dengan Bahu Terdedah Dipersoal
Foto aktres berbakat Nabila Huda memakai skaf di kepalanya bersama busana yang mendedahkan bahu mencuri perhatian netizen.
Foto tersebut dimuat naik oleh Nabila Huda dalam akaun Instagram (IG) peribadi miliknya.
A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on
Rata-rata netizen mempersoalkan serta mengecam gaya Nabila kerana beranggapan skaf di kepalanya itu adalah tudung, sekaligus tidak sesuai untuk digayakan dengan busana yang mendedahkan bahu.
Tidak berdiam diri, Nabila dengan bersahaja telah membalas salah satu komen yang bertanyakan mengenai gaya fesyennya itu.
“Fesyen apakah?” tulis salah seorang netizen
“Fesyen makcik kau punya laki,” balas Nabila
Bagaimanapun, terdapat juga pengikut IG Nabila yang tidak bersetuju apabila fesyen Nabila itu dipertikai kerana skaf di kepalanya itu bukan tudung atau hijab.
Sebaliknya, jelas mereka, Nabila hanya bergaya klasik persis wanita ketika berada di era P. Ramlee dan Saloma.
Teks: Syafiqah Jalal Foto: IG Nabila Huda
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024