,
Laman Utama

Feri Pulau Pinang Bakal Diubah Suai Kepada Muzium & Restoran

Gempak
22/06/2021
13:01 MYT
Lima buah feri ikonik lama Pulau Pinang bakal berubah wajah apabila diubah suai menjadi muzium terapung, feri pelancongan dan restoran terapung di negeri ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Tan Teik Cheng berkata, lima buah feri itu akan diserahkan kepada syarikat yang berkelayakan mulai 1 Julai ini.
Beliau berkata, syarikat berkelayakan terbabit akan mengubah suai feri-feri ikonik ini kepada sebuah muzium terapung, dua feri pelancongan dan dua restoran terapung.
"Banyak cadangan telah diterima pada 19 Mac. Setelah dinilai oleh beberapa jawatankuasa SPPP, Mesyuarat Lembaga Pengarah SPPP pada pertengahan bulan Jun telah meluluskan syarikat yang berkelayakan untuk mengubah suai dan mengendali lima feri ikonik SPPP.
“Syarikat yang berjaya akan menandatangani kontrak untuk tempoh 10 tahun dengan opsyen disambung selama lima tahun lagi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tan berkata, syarikat-syarikat berkelayakan diberi tempoh tiga hingga enam bulan untuk memperbaiki dan mengubah suai feri-feri ikonik tersebut sebelum beroperasi sebagai pendorong sektor pelancongan di Pulau Pinang.
Beliau berkata, sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan, pihaknya akan mengadakan majlis penyerahan feri-feri berkenaan pada 1 Julai manakala jika PKP dilanjutkan, penyerahan tetap diadakan tetapi secara dalam talian.
"Misi utama SPPP sekarang adalah memastikan lima buah feri ikonik ini terus muncul di perairan Pulau Pinang. Saya percaya feri-feri ini akan menjadi produk pelancongan yang penting dan tempat percutian menarik di Pulau Pinang," katanya.
Sumber: Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Bollywood

Selain KL, Udit Narayan Akan Turun Pulau Pinang 28 November Ini

gempak
02/09/2024
15:51 MYT
Udit Narayan merupakan penyanyi Bollywood yang terkenal dengan suara latarnya kepada industri muzik Bollywood dan termasuk juga beberapa bahasa lain seperti Tamil, Bengali, Telugu, dan Kannada, bakal membuat kemunculannya di Setia Spice Arena, Pulau Pinang pada 28hb November 2024.
Hiburan

5,000 Penonton Meriahkan Malam Hari Merdeka Pulau Pinang! Spider, Ella, Masdo Penuh Energetik

gempak
01/09/2024
11:55 MYT
Mahardika : Spider X Ella X Masdo dipercayai telah menjadi konsert terhebat yang pernah dianjurkan The Dons Group pada tahun ini serta bakal melakar sejarah tersendiri dengan bantuan kehadiran peminat.
Sukan

Malaysia Tuan Rumah Sukan SEA 2027!

gempak
28/08/2024
15:50 MYT
Selepas kali terakhir menganjurkan Sukan SEA pada 2017, Malaysia kembali menjadi tuan rumah untuk penganjuran temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu bagi edisi 2027.
Hiburan

Imuda Kini Bergelar Datuk, Anggap Anugerah Diterima Sebagai Pengiktirafan Kepada Anak Seni

gempak
30/07/2024
23:50 MYT
Pelakon, pelawak, pengacara, penyanyi dan kartunis popular tanah air, Imuda menganggap penganugerahan yang diterima beliau sebagai pengiktirafan kepada semua anak seni di Malaysia.
Berita

George Town Dikenali Semua, Tak Perlu Tukar Nama Tanjong Penaga

gempak
17/07/2024
13:45 MYT
George Town telah dikenali seluruh rakyat Malaysia dan dunia sekian lama, justeru tiada sebarang isu berkaitan nama tempat dan keperluan untuk menukar nama ibu negeri Pulau Pinang itu.