,
Berita

Feri Pulau Pinang Akan Dihentikan, Orang Ramai Ambil Peluang Pakat Naik Kali Terakhir

Amri Hassan
16/12/2020
01:08 MYT
Susulan pengumuman penamatan perkhidmatan feri yang menghubungkan bahagian pulau dan tanah besar Pulau Pinang bermula 1 Januari ini, jumlah pengguna, khususnya pemandu kenderaan empat roda yang menggunakan perkhidmatan itu dilihat bertambah agak ketara pada Selasa.
Tinjauan Bernama mendapati bilangan kenderaan jenis itu di atas feri kekal banyak berbanding sebelum ini, sekalipun bukan pada waktu puncak.
Seorang pengguna, Mohd Rizikam Milan Md Hasbullah, 35, berkata dia mahu memberi peluang kepada anak-anaknya merasai sendiri pengalaman menaiki feri yang sememangnya sinonim dengan Pulau Pinang selepas mengetahui perkhidmatan tersebut bakal ditamatkan.
"Saya menetap di Selangor, namun saya dan isteri berasal dari negeri ini, jadi sejak kecil memang selalu naik feri. Bila dapat tahu akan dihentikan, rasa sedikit kecewa.
"Sebab itu hari ini saya pilih naik feri untuk balik ke Selangor walaupun sebelum ini kami gunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah," katanya.
Perkhidmatan feri Pulau Pinang akan dihentikan bermula 1 Januari depan dan digantikan dengan bot penumpang laju yang hanya membawa pejalan kaki serta penunggang basikal dan motosikal.
Seorang pemandu lori, Tan Kean Meng, 70, berkata dia menggunakan feri hampir setiap hari untuk berulang-alik menghantar barangan sejak 10 tahun lalu dan penamatan perkhidmatan itu akan meningkatkan kos antara RM8 dan RM10 bagi setiap perjalanannya kerana menggunakan jambatan.
"Sedih dengar orang beritahu feri sudah tidak bawa kenderaan lagi tahun depan. Pengangkutan ini lebih mudah, senang dan jimat untuk saya berulang-alik dari tanah besar ke sini (bahagian pulau).
Feri adalah lambang negeri ini, tapi apa boleh buat, kita kena ikutlah kerana itu keputusan mereka," katanya.
Seorang pekerja hotel di Batu Feringghi yang tinggal di Teluk Bahang, Norida Rosli, 33, pula berkata dia mengambil cuti hari ini untuk membawa keluarga menaiki feri ke Butterworth kerana tidak mahu melepaskan peluang menaiki perkhidmatan itu buat kali terakhir.
"Rasa kehilangan bila dapat tahu feri akan dihentikan, kami akan rindulah... jadi hari ini ambil peluang untuk bawa keluarga naik feri," katanya yang terpaksa menunggu lebih sejam untuk menaiki feri itu.
Seorang pejalan kaki, Ani Wahab, 67, berkata dia menggunakan perkhidmatan itu sejak 30 tahun lepas untuk berulang-alik ke tempat kerja di Pangkalan Raja Tun Uda di sini.
Menurut wanita yang tinggal di Sungai Petani, Kedah itu, menaiki feri merupakan pengalaman yang menyeronokkan dan berharap dapat merasai pengalaman serupa apabila menggunakan perkhidmatan bot laju kelak.
Sumber: BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Bollywood

Selain KL, Udit Narayan Akan Turun Pulau Pinang 28 November Ini

gempak
02/09/2024
15:51 MYT
Udit Narayan merupakan penyanyi Bollywood yang terkenal dengan suara latarnya kepada industri muzik Bollywood dan termasuk juga beberapa bahasa lain seperti Tamil, Bengali, Telugu, dan Kannada, bakal membuat kemunculannya di Setia Spice Arena, Pulau Pinang pada 28hb November 2024.
Hiburan

5,000 Penonton Meriahkan Malam Hari Merdeka Pulau Pinang! Spider, Ella, Masdo Penuh Energetik

gempak
01/09/2024
11:55 MYT
Mahardika : Spider X Ella X Masdo dipercayai telah menjadi konsert terhebat yang pernah dianjurkan The Dons Group pada tahun ini serta bakal melakar sejarah tersendiri dengan bantuan kehadiran peminat.
Sukan

Malaysia Tuan Rumah Sukan SEA 2027!

gempak
28/08/2024
15:50 MYT
Selepas kali terakhir menganjurkan Sukan SEA pada 2017, Malaysia kembali menjadi tuan rumah untuk penganjuran temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu bagi edisi 2027.
Hiburan

Imuda Kini Bergelar Datuk, Anggap Anugerah Diterima Sebagai Pengiktirafan Kepada Anak Seni

gempak
30/07/2024
23:50 MYT
Pelakon, pelawak, pengacara, penyanyi dan kartunis popular tanah air, Imuda menganggap penganugerahan yang diterima beliau sebagai pengiktirafan kepada semua anak seni di Malaysia.
Berita

Feri Pulau Kapas Tenggelam

gempak
24/07/2024
03:25 MYT
Sebuah feri ikonik dilaporkan tenggelam di Pangkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth pada awal pagi Rabu.