,
Laman Utama

Fendy Bakry Tidak Gentar Dengan Persaingan Pelakon Baharu - “Lebih Sedekad Lalu Mungkin Takut…”

Asyikin Mayudin
09/04/2023
14:55 MYT
Bersyukur masih ditawarkan berlakon disaat kebanjiran pelakon baharu, aktor Fendy Bakry mengakui dia tidak mempunyai perasaan bimbang terhadap persaingan.
Sentiasa menitikberatkan soal disiplin, Fendy berkata percaya kepada rezeki yang membuatkan dia masih berada dalam industri seni sehingga kini.
“Lebih sedekad lalu mungkin takut. Ketika mula-mula terbabit dalam industri seni kita kena membina nama bagi membolehkan produser dan pengarah nampak.
“Memang wujud rasa takut lebih-lebih lagi ketika itu saya masih baharu, tetapi selain jadi pelakon tambahan saya jadi kru belakang tabir hingga dapat kepercayaan sebagai aktor pembantu.
“Masa itu saya gunakan Facebook untuk kumpul pengikut tapi syukur berkat sabar, tak menyerah kalah dan disiplin membolehkan saya dapat peranan utama.
“Seiring peredaran masa saya tidak lagi ada rasa bimbang kerana percaya kepada rezeki. Apa yang saya teruskan adalah jaga masa serta bagi sepenuh kerjasama,” katanya kepada Gempak.
Fendy ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Nostalgia Retro RayaXMAHA di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, baru-baru ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Fendy Tidak Lagi Anggota Caliph Buskers - “Pengunduran Bukan Atas Kerelaan Saya…”

gempak
09/05/2024
04:55 MYT
Fendy bukan lagi anggota Caliph Buskers.
Laman Utama

Peminat Buat Majlis Bacaan Yassin & Doa Selamat Untuk Fendy Bakry – “Semoga Fendy Cepat Sembuh…”

gempak
13/06/2021
08:40 MYT
Semoga cepat sembuh Fendy Bakry...
Hiburan

Fendy Bakry Risau Kes Covid-19 Meningkat, "Moga Ada Kesedaran Dalam Diri Untuk Manusia Sejagat ..."

gempak
06/10/2020
02:45 MYT
Mana suara-suara yang suruh jaga diri, kita belum menang?
Nusantara

Menikah Tanpa Bercinta, Fendy Bakry Pilih Ayu Kerana Satu Ciri Ini

gempak
29/09/2020
12:50 MYT
semoga kekal ke Jannah
Berita

"Dia Penjawat Awam...Status Bujang" - Fendy Bakry Tak Mahu Heboh Hubungan Cinta Dengan Isteri Sebab...

gempak
01/09/2020
09:00 MYT
Isteri minta Fendy Bakri rahsiakan profesionnya