,
Hiburan

Fazura Tidak Setuju Lagu Duet Dengan Fattah, Bertahan Demi Cinta Dipasarkan

Gempak
09/10/2024
01:58 MYT
Pengurus Fazura, Iman Tang memaklumkan pelakon dan penyanyi itu tidak mengetahui lagu duet bersama bekas suami, Fattah Amin, Bertahan Demi Cinta dipasarkan hanya beberapa hari selepas mereka bercerai.

BERITA TRENDING: Fattah-Fazura Bakal Lancarkan Lagu Duet ‘Bertahan Demi Cinta’, Difahamkan Sudah Rakam Ketika Masih Suami Isteri

Lagu Bertahan Demi Cinta dipasarkan oleh sebuah label Indonesia iaitu Hits Records. Banyak pihak yang menyifatkan lagu duet tersebut tidak sesuai dipasarkan pada saat Fazura dan Fattah berdepan masalah rumah tangga selain dilihat seperti satu strategi pemasaran.
“Ya saya ada hubungi Fazura, dia juga tidak bersetuju kerana lagu sudah dirakam lama. Sudah tentu tiada siapa setuju.
“Saya sempat tanya, pihak Fazura juga tidak tahu, mereka (label) tidak maklumkan akan keluarkan lagu tiba-tiba mahu keluarkan.
“Saya tidak hubungi label, cuma tanyakan kepada Fazura dan juga abangnya. Mereka tidak dimaklumkan apa-apa, tahu-tahu sudah keluar,” ujar Iman Tang kepada media.
Menurut Iman, lagu tersebut telah dirakamkan lama iaitu sebelum drama Hero Seorang Cinderella 2 ditayangkan.
“Lagu ini telah dirakamkan sebelum drama Hero Seorang Cinderella 2 ditayangkan tapi tidak diterbitkan. Tiba-tiba hari ini keluar berita lagu tersebut akan dikeluarkan.
“Apa yang saya tahu perkara itu mungkin terjadi apabila berita (perceraian) ini sudah kecoh. Ini bukan masa yang tepat dengan tajuk lagu pula begitu.
“Saya sempat sembang dengan Fakhrul (peguam) dia pun kata perkara ini tidak sesuai.
“Sebab di akhirnya, orang akan ingat ia sekadar mahu jual lagu, gaduh-gaduh rupanya mahu jual tudung atau sambal ikan bilis.
“Kalau Fazura promosi lagu itu saya akan marah sebab ia tidak betul. Ini bukan bahan jenaka untuk ambil kesempatan. Saya juga tidak tahu jika ada terikat kontrak. Tapi bagi saya tidak perlu pun, ini isu yang penting iaitu rumah tangga.
“Kalau kita tidak ambil serius benda itu akan mengajar generasi lain bahawa ia main-main. Lakukan (cerai) kerana promosi lepas itu rujuk balik. Apa akan jadi dengan kita punya pendidikan agama? Hancur,” ulasnya panjang lebar.

BERITA TRENDING: “Dua Peguam 'Side' Fattah Amin, Kes Berat Ni” - Netizen

Pada masa sama Iman turut menjelaskan dia tidak menguruskan kerjaya Fazura sebagai penyanyi jadi tidak mempunyai jawapan mengapa lagu tersebut dipasarkan sekarang.
“Saya tidak menguruskan kerjaya muzik Fazura, pada awalnya ya kemudian diambil alih Universal Music Malaysia. Saya tidak tahu apa rancangan mereka. Bagi saya ini tidak sesuai pada masa ini lagu ini dikeluarkan.
“Bagi mereka mungkin lagu ini orang akan dengar. Secara peribadi saya rasa ya mereka menangguk di air keruh sebab perkara itu bukan benda yang bagus.
“Sebagai Muslim kita tidak meminta tapi hormatilah jika seseorang melalui masa yang sukar. Jangan ambil kesempatan. Pakai otak.
“Saya tidak pasti apa keputusan akhir, mungkin Fakhrul sudah hubungi dan pihak mereka akan hubungi pihak sebelah sana,” kata Iman Tang.

BERITA TRENDING: "Hak Penjagaan Kami Akan Rekodkan Di Mahkamah Tinggi Syariah" - Peguam Fazura

BERITA TRENDING: Didakwa Buka Aib Bekas Suami, Netizen Nak Cancel Fazura?

BERITA TRENDING: Mahu Jaga Aib, Fattah Amin Ada Simpan Rahsia Fazura - “Saya Pun Dah Bersetuju Untuk Tidak Failkan Nusyuz”

Sumber: Kosmo!, Utusan Malaysia
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Koleksi Beg Tangan Mewah Fazura Buat Netizen Kagum - “Memang Kaya Sungguh…”

gempak
08/10/2024
23:55 MYT
Pelakon jelita, Nur Fazura sering menyorot perhatian dengan koleksi beg tangan daripada jenama mewah yang dimilikinya.
Hiburan

“Dua Peguam 'Side' Fattah Amin, Kes Berat Ni” - Netizen

gempak
08/10/2024
21:55 MYT
“Selepas 15 tahun mengendalikan kes fitnah dan syariah, maaf saya ‘team’ Fattah Amin," tulisnya.
Hiburan

Adik Fattah Amin Beri Kata-Kata Semangat - “Moga Allah Pelihara Insan Insan Istimewa Ini Daripada Dicaci & Dihina”

gempak
08/10/2024
18:50 MYT
Adik kepada pelakon, Fattah Amin yang dikenali sebagai Raihan memberikan kata-kata semangat buat abang kesayangannya.
Hiburan

Duduk Depan Surau, Netizen Simpati Lihat Wajah Fattah Amin Sugul - “Sedihnya Tengok Dia…”

gempak
08/10/2024
12:55 MYT
Tular sebuah video memperlihatkan pelakon Fattah Amin yang sedang duduk di surau yang dimuat naik di akaun TikTok minimart90.
Hiburan

"Hak Penjagaan Kami Akan Rekodkan Di Mahkamah Tinggi Syariah" - Peguam Fazura

gempak
08/10/2024
09:25 MYT
Peguam mewakili aktres Fazura, Fakhrul Azman Abu Hassan bakal memfailkan kes baru berkaitan hak penjagaan anak antara pelakon itu dengan bekas suami, Fattah Amin di Mahkamah Tinggi Syariah.
BorakSeeni