HIBURAN
Fazura Artis Paling Cantik Bagi Madammu - “Lawa, Dengan Tingginya, Ada Karisma, Dia Memang Pakej”
Usahawan terkenal, Madammu berpendapat bahawa pelakon, Fazura merupakan antara selebriti yang memiliki kecantikan dan keanggunan tersendiri.
Fazura paling cantik di mata Madammu
Madammu berkongsi pandangannya itu menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok.
Menurut Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri, kecantikan merupakan sesuatu yang subjektif dan berbeza mengikut pandangan setiap individu.
Bagaimanapun bagi dirinya, kecantikan seseorang tidak hanya terletak pada paras rupa sebaliknya gaya berpakaian dan cara seseorang bertutur.
“Lawa ini pada saya sangat subjektif sebab setiap orang pandangan cantik ni berbeza-beza.
“Kalau ikut citarasa saya, saya cantik ini tidak lihat pada muka tetapi saya tengok pada cara berpakaian dan bercakap.
“Definasi cantik pada saya bukan pada wajah semata-mata, saya lihat pada keseluruhan badan.
“Artis cantik untuk saya adalah Fazura. Dia ada karisma lebih-lebih lagi waktu dia tidak bertudung. Tapi bila dah bertudung pun okay,” ulasnya.
Fazura pakej lengkap
Dalam pada itu, Madammu juga mengatakan Fazura mempunyai pakej lengkap sebagai orang yang cantik.
“Lawa, dia cantik dengan tingginya, dengan kurusnya. Memang ada pakej, saya suka cara dia berpakaian.
“Jadi cantik dia saya tidak tengok hanya pada muka, saya tengok secara keseluruhan, saya memang jenis begitu,” ujarnya.
Hanya pandangan peribadi
Selain itu, Madammu turut menegaskan bahawa pujian yang diberikan terhadap Fazura adalah pandangannya secara peribadi dan tidak dipengaruhi oleh sesiapa.
“Jangan bandingkan citarasa saya ini dengan anda, saya cakap ini nerdasarkan apa hang saya rasa.
“Siapa yang follow saya dari awal dulu memang tahu saya suka Fazura,” katanya.
Berikut merupakan perkongsian penuh Madammu:
@madammunoir Cantik bagi Madammu bukan sekadar wajah. It's the whole vibe. Penampilan, cara bercakap dan aura yang memikat. Sama macam Fazura, cantik luar dalam. That’s the real beauty. #DefinisiCantik #InnerGlow #MadammuVibes #CelotehMadammu #MadammuNoir ♬ original sound - Madammu NOIR
Must-Watch Video