,
Laman Utama

Fazley Tolak Dakwaan Rumah Tangga Raf & Mawar Bergolak - “Apa Sahaja Yang Berlaku Dia Akan Cerita”

Mya Amri
30/10/2023
08:03 MYT
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menafikan dakwaan mengatakan rumah tangga adiknya, Raf bersama pelakon Mawar Rashid kini sedang bergolak.
Menurut Fazley, dia sentiasa berhubung dengan adiknya dan Raf tidak menyebut berlaku sebarang masalah.
“Tak wujud pergolakan antara mereka. Saya rapat dengan Raf dan apa sahaja berlaku dia akan cerita kepada saya.
“Saya baru berjumpa dengan Raf semalam (Ahad) dan mengaku kepada saya hubungan mereka baik-baik sahaja,” katanya kepada Gempak.
Fazley ditemui ketika majlis santai bersama media di restoran miliknya iaitu Suka Sucre di Hotel Maya, Kuala Lumpur.
Mengulas mengenai keadaan Mawar selepas kontroversi membuka tudung sebelum ini, Fazley berkata dia memberi ruang kepada adik iparnya untuk melalui fasa bertenang.
Dalam masa yang sama, Fazley juga menolak dakwaan adik iparnya mengalami masalah depressi selepas cerita itu hangat diperkatakan.
“Sejak isu itu timbul, saya tidak pernah berjumpa Mawar. Tetapi saya akan hubungi dia melalui Whatsapp. Saya cuba beri semangat kepadanya.
“Dia dalam keadaan baik. Raf juga maklumkan perkara sama kepada saya. Kita beri ruang dan doakan baik-baik untuk dia,” ujarnya.
Sementara itu, Fazley juga mengakui sebagai abang dia juga turut terkena tempias apabila ramai yang bertanya mengenai isu tersebut.
“Iya, ramai yang tanya saya. Saya sibuk tumbuk sambal pun ada mesej masuk. Saya faham dan tidak pernah rimas.
“Soalan mereka itu tidak menghina. Mereka hanya prihatin. Sebagai abang long saya ambil tanggungjawab penuh.
“Cuma saya ambil prinsisp lebih selesa berdiam dan berdoa dari jauh,” jelasnya.
Terdahulu, pada 10 Oktober lalu Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 29, mengejutkan banyak pihak apabila berkongsi foto tidak lagi berhijab.
Sejak dari itu dia tidak memberi sebarang kenyataan berhubung tindakannya itu. Namun baru-baru ini Mawar telah memadam gambar tidak bertudung di laman sosial miliknya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Mawar Rashid Kongsi Video Tidurkan Anak, Netizen Pula Salahkan Bekas Suami

gempak
04/08/2024
03:00 MYT
Pelakon Mawar Rashid baru-baru ini memuat naik hantaran memaparkan cabaran dirinya membesarkan anak-anak setelah bergelar ibu tunggal.
Hiburan

Ini Sebab Kenapa Mawar Rashid Hampir Hilangkan Diri Selepas Cerai

gempak
26/07/2024
08:55 MYT
Pelakon Mawar Rashid pernah hampir terfikir untuk menghilangkan diri daripada industri seni tanah air ketika melalui fasa sukar dalam hidupnya sebelum ini.
Hiburan

Tak Mahu Ulas Tentang Isu Rumah Tangga, Mawar Rashid Mahu Fokus Besarkan Anak

gempak
21/07/2024
23:58 MYT
Pelakon Mawar Rashid, 29, tidak mahu membahaskan mengenai bekas suami, Raf Yaakob, 39, selepas berpisah pada November tahun lalu kerana bimbang timbul salah faham antara mereka berdua.
Hiburan

Anggap Wajah Asyik Jadi Duta Produk Sebagai Rezeki, Dato Fazley Tampil Dengan Koleksi Wangian Bau Pastri!

gempak
28/03/2024
13:00 MYT
Hasil kerjasama dengan syarikat bumiputera tempatan ENKÉ Malaysia, cef selebriti Dato Fazley Yaakob telah memperkenalkan koleksi wangian terbaharu, Pâtissier Pure Parfum, yang dillhamkan dari kemahiran dan seni 'pâtissiers'
Terkini

Fazley Yaakob Jawab Dakwaan Raf Dah Ada Pengganti Baru - "Saya Rasa Betul Lah.."

gempak
27/03/2024
07:00 MYT
Penyanyi dan cef selebriti Dato Fazley Yaakob menjawab dakwaan mengenai adiknya, Raf Yaakob yang dikatakan sudah mempunyai pengganti baharu selepas baru sahaja setahun bercerai dengan bekas isterinya, pelakon Mawar Rashid.