,
Terkini

Fattah Amin & Nur Fazura Dominasi Anugerah Telenovela 2018

Amri Hassan
29/07/2018
07:26 MYT
Merpati dua sejoli, Fattah Amin dan Nur Fazura menang besar di acara Anugerah Telenovela 2018 yang berlangsung di Plenary Hall Kuala Lumpur Convention Centre, malam tadi.
Mereka telah memenangi trofi Pelakon Lelaki Telenovela Terbaik, Pelakon Wanita Telenovela Terbaik, Pelakon Lelaki Telefilem Popular dan Pelakon Wanita Telefilem Popular.
Hero Seorang Cinderella dan Wanita Terindah yang dibintangi oleh mereka turut menyapu bersih trofi menerusi kategori Novel Popular dan Telefilem Popular.
Bagaimanapun, Fattah dan Fazura tidak dapat hadir ke acara berkenaan kerana berada di Singapura.
Pelakon Emma Maembong telah mengulangi kemenangan tahun lalu apabila merangkul gelaran Ratu Telenovela Serba Dinamik 2018.
Sementara aktres, Izara Aishah yang membintangi filem kau Yang Satu telah memenangi Pelakon Wanita Filem Terbaik manakala Pelakon Lelaki Filem Terbaik dimenangi oleh Jalil Hamid menerusi filem Bisik Pada Langit.
Suami kepada pelakon Wawa Zainal, Aeril Zafrel turut memenangi Pelakon Lelaki Telenovela Terbaik manakala Siti Saleha membawa pulang trofi Pelakon Wanita Telenovela Terbaik menerusi karya Mandatori.
Karya Mandatori yang merupakan terbitan Astro dan Ideate Media turut mengungguli Anugerah Telenovela Terbaik, Pengarah Terbaik dan Penulis Skrip Terbaik.
Tombiruo: Penunggu Rimba terbitan Astro Shaw menang dalam kategori Filem Terbaik, Pengarah Filem Terbaik, Penulis Skrip Filem Terbaik dan Lagu OST Filem Terbaik.
Pelakon Fauziah Datuk Haji Ahmad Daud telah dinobatkan sebagai Primadona Telenovela manakala Datuk Rahim Razali telah memenangi dalam kategori Seniman Lagenda.
Hampir 2,8000 jemputan khas termasuk kelab peminat artis menghadiri majlis Malam Gala Anugerah Telenovela 2018.
Acara pada malam tersebut dimeriahkan lagi dengan persembahan oleh Ippo Hafiz, Asfan Shah, Aman Aziz, Firman Hyper Act, Liya Banks, Afif Tirmizie, Neera Azizi dan Arill Fesol.
Teks: Noor Zulaikha Yusof
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

Ulas Isu Rumah Tangga Fazura-Fattah, Netizen Mula ‘Serang’ Tya Ariffin & Asyraf Khalid - “Yang Dari Suka Tengok Podcast Ini, Tiba Rasa Menyampah...”

gempak
20/09/2024
02:55 MYT
Gara-gara mengulas isu rumah tangga pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin, pelakon Tya Ariffin serta suaminya iaitu Asyraf Khalid menerima kecaman netizen di laman sosial.
Hiburan

"Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic

gempak
19/09/2024
05:25 MYT
Pengacara dan penyampai radio DJ Sonic berkongsi keperibadian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

“Mereka Cakap Dia Seorang Introvert & Tak Reti Berparti Bagai…” - Individu Dedah Perangai Sebenar Fattah Amin

gempak
18/09/2024
23:55 MYT
Isu rumah tangga pasangan selebriti Nur Fazura dan suaminya, Fattah Amin masih menjadi perbualan hangat di setiap media sosial sejak minggu lalu.