,
Hiburan

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia - "Saya Minta Maaf Kerana Bebankan Mak"

Amri Hassan
18/05/2024
01:34 MYT
Pelakon Fatiya Latiff mendedahkan dirinya menghidap penyakit skizofrenia.
Fatiya, 36, berkata, dia berterima kasih kepada ibunya, Badriyah Hassan dan memohon maaf kerana penyakit tersebut membebankan keluarga.

BERITA TRENDING: “Kalau Tiada Perkara Baik Nak Buat, Pergi Dengar Ceramah Ustazah Ke Apa…” - Fathia Latiff

"Saya sangat memohon maaf kerana telah menyusahkan ibu dengan penyakit skizofrenia.

“Bukan niat saya untuk menyusahkan sesiapa. Saya berjanji saya akan menjaga diri dengan lebih baik dan akan meluangkan masa bersama dengan ibu,” katanya dalam satu hantaran Instagram.

Mohon maaf

Dalam perkongsian itu, Fatiya turut memuat naik gambar dia ketika berusia 23 tahun bersama ibunya dan ucapan hari jadi kepada wanita istimewa dalam hidupnya itu.
"Gambar ini diambil ketika berusia 23 tahun dan segalanya berjalan dengan lancar. Tidak terlalu awal untuk saya ucapkan selamat hari jadi kepada ibu yang merupakan manusia menakjubkan.
“Terima kasih kerana telah menjaga, melindungi dan mendidik saya yang tentunya bukan satu tugas mudah,” katanya.
Sebelum ini, nama Fatiya hangat diperkatakan apabila dia kerap berkongsi gambar dan video berpakaian seksi serta berpelukan bersama beberapa lelaki.
Januari lalu, pelakon yang cukup popular menerusi drama rantaian Ariana Rose itu menarik perhatian ramai apabila dia kerap berkongsi foto mesra dengan seorang lelaki ketika bercuti di Jepun.
Dia juga berkongsikan beberapa foto bersama dengan beberapa lelaki berbeza sehingga timbul dakwaan mengatakan dia menyewa lelaki terbabit untuk menemaninya bercuti.

BERITA TRENDING: “Dia Buat Pembedahan Plastik Ke?”- Perkongsian Foto Fathia Latiff Tuai Perhatian Netizen

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ebby Yus Tolak Tawaran Tiga Penderma Buah Pinggang - "Saya Tak Sampai Hati..."

gempak
23/11/2024
18:32 MYT
Pelakon, Ebby Yus, 59, kini menjalani dialisis di rumah untuk penyakit buah pinggangnya bersyukur mendapat perhatian ramai termasuk menerima sumbangan daripada rakan artis untuk membantu mengurangkan bebannya.
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Unitar