,
Laman Utama

Fatin Afeefa Tetap ‘Berkeras’, Peguam Yakin Adam Shahz Berhak Tuntut Penjagaan Anak - “Mungkin Ada Terma Yang Pihak Sana…”

Asyikin Mayudin
28/02/2023
06:25 MYT
Susulan kes berhubung tuntutan hak penjagaan anak membabitkan pelakon Adam Shahz dan bekas isteri, Fatin Afeefa, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menetapkan semula tarikh sebutan pada 17 April depan.
Lanjutan itu dibuat susulan bantahan difailkan Fatin selaku defendan terhadap Adam (plaintif) yang memohon hak lawatan, bersama dan bermalam terhadap anak mereka, Ivy Herra Sophia, 7.
Peguam syarie mewakili Adam iaitu Liyana Sihar berkata, dia yakin anak guamnya itu dapat menuntut haknya selain berharap ia memberi kemenangan kepada kedua belah pihak.
“Hari ini sebutan pertama, pihak kami sebenarnya memohon untuk membuat pindaan kepada apa yang sudah difailkan dahulu. Tapi, pihak sebelah sana (Fatin) membantah, jadi kami diarahkan untuk memfailkan secara bertulis.
“Dalam tuntutan lalu, anak guam memfailkan tuntutan untuk mendapatkan hak jagaan penuh. Selepas perbincangan, kami percaya anak guam boleh bertolak ansur untuk berikan hak jagaan itu kepada bekas isteri.
“Jadi, anak guam memohon hak lawatan, bersama dan bermalam. Seperti sedia maklum, apabila seseorang itu mendapat hak jagaan anak, maka pihak satu lagi akan mendapat hak lawatan, bersama dan bermalam.
“Kami mahu kedua-dua pihak menang bersama. Cuma, perkara ini dibantah. Saya percaya, anak guam ada hak itu dan kami akan menuntutnya,” katanya menerusi laporan BH Online.
Bagaimanapun Adam mendedahkan sehingga kini dia masih tidak lagi diberi peluang untuk berjumpa mahupun berhubung dengan anak perempuannya sejak Oktober tahun lalu.
“Sejujurnya, saya berharap supaya semuanya dipermudahkan untuk kedua belah pihak. Tapi, mungkin ada terma yang pihak sana tidak bersetuju. Jadi, kami akan tunggu sebutan kedua pada 17 April depan.
“Saya sudah tidak bertemu dengan anak sejak empat bulan lalu. Saya juga disekat oleh bekas isteri dan keluarganya. Saya sendiri tidak tahu di mana anak saya kerana masih belum dapat berhubung.
“Saya cuba cari juga di media sosial, tapi seolah-olah dia disembunyikan. Ketika majlis sulh tempoh hari, saya cuma diberitahu bahawa anak ditempatkan di sekolah berasrama penuh, tapi tidak dinyatakan secara terperinci,” katanya.
Sementara itu, Fatin yang diwakili peguam Aiman Abdul Rahman enggan mengulas lanjut berhubung sesi sebutan pertama yang berlangsung pada Selasa.
“Tak ada apa yang boleh saya katakan. Kita sudah masuk ke mahkamah, jadi kita akan proses yang sepatutnya. Saya tak mahu berikan sebarang kenyataan yang akan memakan diri. Saya mahu menghormati pihak mahkamah,” katanya.
Kehadiran Fatin ke mahkamah, hari ini turut ditemani suami baharunya, Aliff Awang.
Terdahulu, masing-masing gagal mencapai kesepakatan dalam majlis sulh yang diadakan pada 29 Januari lalu dan terpaksa meneruskan sebutan hak penjagaan anak di mahkamah syariah.
Perkahwinan Adam dan Fatin pada 2013 hanya mampu bertahan selama empat tahun, sebelum bercerai pada Mei 2017.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Duit Nak, Fame Nak, Belajar Tak Nak” - Fatin Afeefa Malu Dengar ‘Interview’ Pelakon Mengadu Isu Buli Di Set Penggambaran

gempak
21/11/2024
00:55 MYT
Bukan sahaja pelakon Datin Intan Najuwa, tapi aktres Fatin Afeefa turut menyuarakan pendapatnya mengenai kenyataan seorang pelakon baharu yang mendedahkan gejala buli di set penggambaran.
Hiburan

Dengar Nasihat Peguam, Adam Shahz Takkan Kongsi Mengenai Hak Penjagaan Anak Di Media Sosial Lagi – “Bila Sekali Tersiar Susah Sangat Nak Hapuskan”

gempak
09/11/2024
04:50 MYT
Pelakon Adam Shahz menegaskan dia enggan lagi membuat sebarang hantaran mengenai hak penjagaan penuh anak perempuannya, Ivy Herra Sophia, 9, di media sosial.
Hiburan

Fatin Afeefa Hantar Anak Masuk Sekolah Tahfiz, Menangis Dengar Adam Baca Lafaz Janji Hafaz Al-Quran

gempak
05/11/2024
20:55 MYT
Pelakon, Fatin Afeefa tidak dapat menahan sebak selepas menghantar anak sulungnya, Adam Aisy Arrian menyambung pengajian ke sekolah tahfiz.
Hiburan

Adam Shahz Nafi Kediaman Diduduki Merupakan Pejabat & Rumah Perlindungan - “Alamat Yang Saya Guna Hanya Untuk…”

gempak
15/10/2024
07:45 MYT
Pelakon Adam Shahz tampil menafikan dia menetap di kediaman yang merupakan pejabat juga rumah perlindungan seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Hiburan

Adam Shahz Enggan Bayar Nafkah Anak RM1,000, Fatin Afeefa Syukur Suami Sudi Bantu - “Saya Harap Mahkamah Berpihak Pada…”

gempak
15/10/2024
02:55 MYT
Pelakon Fatin Afeefa meluahkan rasa kurang berpuas hati dengan bayaran nafkah diberikan bekas suami iaitu aktor Adam Shaz yang dianggap tidak mencukupi untuk menanggung kos persekolahan anaknya.
Unitar