,
Laman Utama

Farah Rose, Pilot Wanita Bersuara Merdu Lancar Lagu Pertama 'Cerita Ku' - "Saya Memang Minat Menyanyi Sejak Kecil"

Amri Hassan
10/02/2022
06:40 MYT
Kata orang bakat dan minat perlu seiring untuk berjaya. Farah Rose, membuktikan kata-kata itu menerusi single pertamanya berjudul Cerita Ku.
Anak jati Pulau Langkawi, Kedah itu mula berjinak-jinak dalam bidang seni seawal usia kanak-kanak lagi dengan menyertai pertandingan Bintang Kecil 2010 sebelum diintai oleh komposer berbakat besar Eddie Hamid empat tahun lalu.
"Saya memang suka menyertai pertandingan sejak kecil lagi dan minat saya didorong oleh kedua-dua ibu bapa saya. Saya memang ada simpan niat untuk menjadi penyanyi sehinggalah empa tahun lepas saya membuat persembahan di sebuah acara di Langkawi.
"Kebetulan ketika itu Eddie Hamid ada di lokasi sama dan menawarkan peluang untuk merakamkan lagu. Bagi saya itu peluang terbaik!
"Namun saya terpaksa tangguhkan hasrat kerana perlu lanjutkan pelajaran dalam bidang penerbangan di HM Aerospace Langkawi pada 2018. Selepas tamat 200 jam penerbangan pada Disember lalu baru saya betul-betul bersedia untuk fokus dalam bidang nyanyian," ujarnya kepada Gempak.
Berkongsi pengalaman merakamkan single Cerita Ku kata Farah atau nama sebenarnya Nur Farah Najihah Rosmi, 22, ia tidak menyangka ia bukan perkara yang mudah.
"Pertama kali masuk ke studio rakaman untuk single saya sendiri pengalamannya luar biasa! Saya tak sangka ia sukar berbanding apa yang saya lihat sebelum ini.
"Proses itu mengambil masa lebih kurang lima jam, yang lamanya kerana nak dapatkan emosi untuk setiap lirik lagu," tambahnya.
Cerita Ku merupakan lagu ciptaan Eddie Hamid dan Puteri Yana serta lirik oleh Hakimi Hakim dan Arisz Abd Rahman.
Majlis pelancaran single Cerita Ku diadakan di Hotel Goldsands Langkawi yang turut dihadiri oleh keluarga terdekat Farah serta penyampai radio popular, DJ Lin.
Dalam perkembangan karier penerbangannya, Farah sedang menunggu panggilan untuk berkhidmat dalam lapangan tersebut dan mengambil masa untuk mengembangkan kerjaya nyanyian pada masa sama.
"Saya tak nafikan cita-cita untuk menjadi juruterbang sejak kecil apatah lagi turut didorong oleh keluarga dan abang saya juga seorang juruterbang.
"Bila semakin meningkat dewasa, saya lihat tidak ramai juruterbang dikalangan wanita jadi saya rasa kenapa tidak saya teruskan cita-cita itu supaya lebih ramai wanita berminat dengan kerjaya ini. Namun dalam masa yang sama turut meminati bidang nyanyian.
"Ketika ini, saya ingin fokuskan dahulu dalam bidang nyanyian dan kemudian kita lihat bagaimana perkembangannya memandangkan saya masih belum mendapat lesen juruterbang secara rasmi.
"Sementara menunggu lesen tersebut dan industri penerbangan pulih sepenuhnya, saya akan teruskan dengan karier sebagai penyanyi.
"Saya akui kehidupan sebagai seorang juruterbang sebenarnya agak sibuk tetapi sebenarnya ia fleksibel kerana kita boleh atur jadual penerbangan. Jadi, saya percaya saya boleh bahagikan masa sebagai penyanyi dan juruterbang nanti," ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Viral

Wanita Mengigil, Pemilik Homestay Didakwa ‘Skodeng’ Ketika Mandi - “Masa Masuk Tandas, Terdetik Nak Pandang..”

gempak
18/09/2024
21:55 MYT
Seorang wanita berdepan situasi cemas apabila pemilik inap desa (homestay) didakwa mengintai dirinya ketika sedang mandi.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.