Berita
Farah Lee Kongsi Cara Bagaimana Hendak Lupakan Orang Yang Pernah Dia Sayang
Personaliti media sosial, Farah Lee akui ramai yang bertanyakan bagaimana dia boleh ‘moved on’ selepas bercerai dengan personaliti TV, Ally Iskandar.
Di atas permintaan ramai, Farah berkongsi cara-cara yang pernah dilakukan untuk melupakan orang yang pernah disayangi.
“Macam mana nak lupakan orang yang pernah kita sayang.?
“Tiada jalan, sebab kau takkan mampu lupa. They were part of your life and forever will be. Tapi kau mampu untuk lupa rasa sayang yang pernah ada.
.
“Bagaimana.?
.
• Bangun tahajjud.
• Solat sunat hajat untuk memaafkan.
• Usai solat dan berdoa,
• Letak telapak tangan di dada.
• Baca Surah Ar-Ra'ad ayat 39 tiga kali.
• Genggam tapak tangan tersebut.
• Masukkan semua rasa sayang, geram, benci dalam tu.
• Campak genggaman tersebut ke udara.
• Menangis sampai puas.
• Tenangkan diri.
• Lapangkan hati.
• Redha.
• Serahkan pada Allah.
.
“Ulang sampai you no longer have any feelings towards them. Begitu juga boleh amal untuk hilangkan rasa benci pada seseorang contoh perampas suami kurrr Hiks.!
“I’ve received a lot of DMs tanya camne nak move on. Actually maybe sebab I dah moved on jadi I lupa dah I pernah buat apa So I tried to recall. And this is one of the tips, I suggest this to be the first and foremost thing to do to move on.
“The rest I'll share in next post.!” tulisnya.
Farah berkongsi tips tersebut di akaun Instagram miliknya.
Rata-rata pengikutnya gembira dengan perkongsian tersebut dan berharap ia akan berguna di masa akan datang.
Ally dan Farah bernikah pada 20 Januari 2012 namun berpisah pada 17 Ogos 2016.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata Maream Esabel yang berusia lima tahun,
Must-Watch Video