HIBURAN
Farah Lee Dedah Rakan Liat Bayar Hutang Belanja Majlis Kahwin RM40,000! - "Kepada HM Dan Family..."
Personaliti media sosial dan usahawan, Farah Lee, tampil secara terbuka di Instagram Stories mendedahkan seorang rakan rapatnya masih gagal membayar hutang bernilai RM40,000 sejak lebih setahun lalu.
Hutang tersebut berkait dengan kos majlis perkahwinan individu tersebut yang dikatakan berlangsung mewah dan penuh gilang-gemilang.
"Kemain meriahnya majlis kahwin siap sampai malam, ada pentas, nyanyi-nyanyi dan bunga api bagai tapi hutang RM40k tak dapat bayar dari alasan ke alasan, dari janji ke janji dah setahun lebih dah ni," tulis Farah.
Menurut Farah, dia telah memberikan pinjaman ikhlas demi membantu kenalan tersebut menjayakan majlis resepsi, termasuk membayar kos PA system dan dekorasi majlis.
Namun sehingga kini, tiada bayaran semula dilakukan, malah individu terbabit dikatakan mengelak daripada bertemu.
“Aku yang bagi hutang pulak majlis nikah sekalikan dengan kenduri dua2 belah pihak sebab nak jimat. Majlis resepsi hias tepi pelamin dan deco2 mintak kawan2 tolong buatkan, baju kahwin beli Shopee tak sampai RM100, emcee ke PA system apa bagai pun takde," tambahnya.
Farah juga menjelaskan walaupun perjanjian bertulis lengkap termasuk duti setem telah dibuat, dia masih cuba menyelesaikan perkara ini secara damai tanpa melibatkan tindakan undang-undang.
“Memang aku buat agreement siap duty stamp bagai, tapi kalau dah libatkan legal process ni jadi renyah kan, member pulak pandai dah lari-lari diri ke luar negara," dedahnya lagi.

Menurut Farah, keluarganya serta ahli keluarga pihak yang berhutang turut dihubungi dan diberitahu tentang kemungkinan pendedahan umum jika hutang tidak dibayar namun tindakan itu juga tidak membuahkan hasil.
“Parents, abang member pun aku dah contact dan aware pasal ni, dan dah aware juga pasal aku akan buat 'public exposure' kalau masih liat nak bayar… Dorang ajak jumpa, tapi aku refuse, sebab aku nak semua perbincangan melalui ‘text’ supaya ada bukti bertulis," dakwanya.
Dalam pada itu, Farah turut berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp antara dirinya dan individu terbabit yang menunjukkan sikap tidak ambil peduli terhadap tuntutan bayaran.
Farah turut mendedahkan bahawa nama individu berkenaan bermula dengan pangkal nama huruf "H" dan "M", serta berasal dari Terengganu.
"I appreciate that the deal is with you so whatever involves your family should be between you and them. And to get my money back before raya ya."
“Sedih, friendship dan flexibility tak dihargai.”
"Kepada HM dan family, I hope this finds you guys well and I appreciate your prompt action and understanding," pesannya.
Must-Watch Video