,
Laman Utama

Farah Ann Nak Cuba Jadi Pengacara? Eh Why Not!

Mya Amri
24/02/2022
07:54 MYT
Ratu gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi menyatakan hasratnya untuk mencuba bidang pengacaraan.
Bagaimanapun kata Farah, hasratnya itu tidak tertumpu pada satu bidang sahaja sebaliknya dalam skop yang lebih luas.
“Saya merancang untuk menjadi juri, jadi sekarang sekarang saya dah mula belajar serba sedikit dengan teknikal deligate mengenai perkara itu.
“Saya juga mahu berbakti dengan membuat kem untuk kanak-kanak masuk dalam sukan gimnastik dan belajar.
“Saya juga mungkin akan cuba masuk bidang perniagaan, mungkin juga pengacaraan untuk TV,” ujarnya.
Farah Ann berkata dalam segmen Gempak Hit Era bersama Isha Norsham hari ini.
Selain itu, Isha juga sempat bertanyakan mengenai kehidupan Farah sepanjang pandemik.
“Sememangnya sepanjang pandemik ini agak sukar tetapi saya dapat menyempurnakan impian saya untuk ke sukan Olimpik di Tokyo.
“Walaupun ia memang berbeza dengan pertandingan yang saya telah lalui sebelum ini tetapi saya sangat bersyukur dapat bertanding dan mewakili Malaysia di pentas Olimpik.
“Sekarang saya dapat meluangkan masa bersama dengan keluarga selepas saya balik dan sedang menyesuaikan diri keadaan norma baharu,” katanya.
Selain Farah Ann, Isha yang juga merupakan hos Gempak TV bakal menghubungi selebriti untuk mengetahui perkembangan terbaharu mereka untuk segmen Gempak Hit Era.
Dengarkan segmen Gempak Hit Era, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 1 hingga 4 petang hanya di ERA.Je
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Hati Korang Pernah Dikhianati Tak? Nah…Amar Baharin Bagi Tips!

gempak
17/03/2022
06:43 MYT
Semoga tips dari Amar Baharin ni membantu..
Laman Utama

Tersingkir Big Stage 2022, Tuah ‘Belanja’ Lagu Jerat Percintaan Dari Siti Nurhaliza Dengan Isha

gempak
28/02/2022
11:19 MYT
Kalau tak tersingkir dapat lah dengar Tuah nyanyi
Laman Utama

“Setiap Minggu Dia Versatil, Sukar Nak Lawan” - Daniel Chuer Pilih Aisha Retno Saingan Sengit

gempak
25/02/2022
11:40 MYT
Memang power la Aisha ni kan, tapi Daniel pun best jugak
Laman Utama

Bagusnya Bahasa Melayu Han Byul! Siap Boleh Berbual Dengan Isha

gempak
22/02/2022
10:09 MYT
Han Byul suka belajar bahasa baru.
Laman Utama

Belajar Tarian Mak Yong, Amerul Affendi Hanya Ambil Masa…

gempak
22/02/2022
09:21 MYT
Korang kena tengok Mok Joh ni.