,
Hiburan

Fara Salleh Luah Rasa Kesal Berkahwin, Rumah Tangga Shuk Sahar & Isteri Goyah? - “I Hope He Realize My Statement & Divorce Me”

Asyikin Mayudin
12/08/2024
04:54 MYT
“Menyesal kahwin is so real,” tulis isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh menerusi platfrom Thread yang mengundang pelbagai spekulasi.

Punca Perceraian

Menerusi ruang balas di perkongsian itu, terdapat netizen yang mendakwa Fara menjadi punca perceraian rumah tangga Shuk dengan bekas isteri, Rossa Sera.
Membalas semula komen tersebut, Fara bagaimanapun menafikan dia menjadi punca malah mendakwa suaminya itu mempunyai wanita lain juga ketika itu.

“Saya tak pernah rebut dia awak… dan dia bukan ada saya sorang ya kalau nak tahu zaman tu boleh tanya sendiri tuan badan yang claim tu. Allah saksi saya. Dan dalam kalangan kawan dia pun tahu benda ini.

“Saya simpan semua perbualan dia dengan dengan wanita lain juga! Saya bukan punca. Saya tak pernah bersuara fasal ni… selama ni saya diam,” kata Fara.
Ada juga netizen yang menganggap Fara seperti sudah tidak dapat bertahan dengan sikap suaminya dan menasihati wanita itu agar mencari punca perubahan tersebut.

Sikap Suami

“Sis, I ada baca your post… mostly macam you dah tak tahan dengan perangai suami you. Mungkin kena cari punca kenapa suami you macam dingin. Mungkin sikap kita yang suami tak boleh terima.

“Mungkin juga dia ada orang lain, ke atau sebab lain-lain. Dapat punca baru boleh selesaikan masalah. Selagi boleh selamatkan rumah tangga, cubalah selagi boleh,” tulis individu itu.

Dalam pada itu, Fara memberitahu suaminya lebih mempercayai rakan dan sentiasa menolak untuk bertemu dengan pakar kauseling.
“Dia lebih percaya kawan dia, protect kawan dia… dah banyak kali ajak kaunseling, dia tak nak, dia baran… sangat-sangat tapi kalau orang lain dia tak macam ni,” balasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas Rindu Dengan ‘Video Call’ Anak-Anak di Sabah, Shuk Sahar Tak Pernah Lupa Tanggungjawab - “Kalau Ada Masa, Saya Pergi…”

ARTIKEL BERKAITAN: Shuk Sahar Dedah Shuib Bagi Pinjam Wang Sehingga RM10,000, Nabil Ahmad & Ebby Yus Pula Terus ‘Bank In’ - “Ada Yang Sampai Bini Suruh Block”

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi Individu Sama Dakwa Rossa Sera Kacau Suami Orang - “Sesiapa Tinggal 'Area' Tempat Rossa Tolonglah Telefon JAIS”

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas ‘Skandal’ Rossa Sera Nafi Jadi Punca Video Tersebar - “Saya Pun Dah Move On Dengan Dia…”

Sementara itu, Fara juga membalas salah satu komen netizen dengan mengatakan dia berharap agar suaminya menyedari tentang kenyataan yang dikeluarkan dan mengambil keputusan untuk menceraikannya.
“I hope he realize my statement and divorce me,” katanya lagi.
Bagaimanapun usaha Gempak untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut daripada Shuk gagal apabila pelawak itu tidak menjawab panggilan telefon dan membalas mesej.
Manakala perkongsian itu juga telah dipadam oleh Fara.
Menerusi tinjauan Gempak, gambar Fara bersama Shuk juga sudah tiada di Instagram miliknya namun sosial media pelawak itu masih ada gambar mereka bersama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic

gempak
19/09/2024
05:25 MYT
Pengacara dan penyampai radio DJ Sonic berkongsi keperibadian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.
Hiburan

“Mereka Cakap Dia Seorang Introvert & Tak Reti Berparti Bagai…” - Individu Dedah Perangai Sebenar Fattah Amin

gempak
18/09/2024
23:55 MYT
Isu rumah tangga pasangan selebriti Nur Fazura dan suaminya, Fattah Amin masih menjadi perbualan hangat di setiap media sosial sejak minggu lalu.
Hiburan

Adira Suhaimi Anggap Fazura Sama Seperti Dirinya - “Dia Macam Saya Tak Tunjuk…”

gempak
18/09/2024
04:55 MYT
Pernah berdepan isu melibatkan rumah tangga, penyanyi Adira Suhaimi menyifatkan dirinya sama seperti pelakon Fazura yang tidak gemar menunjukkan sebarang tanda sedang menghadapi masalah kepada umum.
Hiburan

Terima Banyak Mesej Bertanyakan Tentang Fazura, DJ Sonic Dedah Keperibadian Sebenar Isteri Fattah Amin - “Yang Rapat Saja Tahu…”

gempak
16/09/2024
07:25 MYT
Penyampai radio, DJ Sonic mendedahkan dia menerima banyak mesej di Instagram dan WhatsApp malah ada yang menghubunginya untuk bertanyakan mengenai isu melibatkan aktres Fazura.
Hiburan

Isu Rumah Tangga Fattah & Fazura, Umie Aida Titip Nasihat - “Kita Semua Tak Perlu Masuk Campur”

gempak
16/09/2024
03:55 MYT
Isu rumah tangga antara pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura baru-baru ini menggemparkan industri hiburan dan telah mendapat perhatian ramai termasuk rakan-rakan artis.