,
Laman Utama

Fara Salleh Dedah Laporan Polis, Wanita Dakwa Payudara Diraba, Dicabul Shuk Sahar

Fiza Kamarudin
01/08/2021
14:35 MYT
Wanita yang pernah dikaitkan dengan pelawak Shuk Sahar mengejutkan semua pihak apabila mendedahkan laporan polis berhubung kes cabul melibatkan selebriti tersebut.
Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik Fara Salleh, salinan laporan polis tersebut bukan miliknya tetapi seorang wanita lain yang mengaku pernah dicabul Shuk.
Fara turut berkongsi perbualannya bersama wanita tersebut yang mendakwa telah dicabul pada bulan Februari lalu di sebuah hotel di Bukit Bintang.
Menurut mangsa yang tidak didedahkan namanya itu, Shuk telah meraba dan memasukkan jari ke dalam kemaluannya serta meraba buah dada.
Selain itu Fara turut memuat naik beberapa hantaran di ruangan IG Story memohon supaya stesen televisyen berhenti mengambil Shuk bekerja.
"Stop ambik artis penagih. And that is not old, itu semua baru", katanya merujuk kepada salah satu hantaran di IG Story.
Perkara lain yang didedahkan Fara ialah paparan skrin sebagai bukti Shuk masih menghubungi sehingga kini, dan kali terakhir ialah pada 28 Julai lalu.
Terdahulu tular di laman sosial Twitter, Fara Salleh memuat naik hantaran video seorang lelaki tidak berpakaian didakwa Shuk di sebuah bilik hotel.
Dia kemudiannya bertindak memadam hantaran tersebut, namun sempat dirakam dan ditularkan warganet di platfom media sosial.
Gempak cuba mendapatkan Shuk untuk penjelasan, namun pelawak tersebut gagal dihubungi lantaran telefon bimbitnya dimatikan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

gempak
13/09/2024
04:38 MYT
Aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.
Hiburan

Pengarah Veteran Nafi Sengaja Cium Pelakon, Dakwa Hanya Tunjuk Contoh

gempak
09/09/2024
01:55 MYT
Pengarah dan pelakon terkenal dari Kolkata, Bengali, Arindam Sil digantung melakukan sebarang kerja seni daripada Persatuan Penerbit Timbur India selepas menerima aduan salah laku gangguan seksual yang dibuat terhadap seorang pelakon wanita.
Hiburan

Seakan Tenang Berdepan Kontroversi, Alif Teega Sibuk Urus Perniagaan - “Fokus, Sikit Lagi Doakan..”

gempak
02/09/2024
21:55 MYT
Seperti tiada apa-apa yang berlaku, pempengaruh Alif Teega kekal tenang berkongsi aktiviti seharian selepas berita mengenai isterinya, Aisyah Hijanah yang memfailkan permohonan perceraian hangat diperkatakan di media sosial.
Berita

Bapa Dua Anak Didakwa Raba Punggung Rakan Sekerja

gempak
23/08/2024
07:06 MYT
Tertuduh, Syamsul Syawal Hosnon, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Naidatul Athirah Azman.