Hiburan
"Faktor Kekurangan Jualan Tiket..." - Penganjur Sahkan Konsert Aisha Retno Malam Sutera Dibatalkan
Penganjur konsert, Kharisma Music International mengumumkan bahawa Konsert Aisha Retno Malam Sutera yang dijadualkan berlangsung pada 16 November ini dibatalkan.
Menerusi satu hantaran di Instagram pada Jumaat, pihak penganjur memaklumkan punca pembatalan konsert berkenaaan adalah atas sebab kekurangan jualan tiket.
"Sukacita kami maklumkan bahawa konsert Aisha Retno Malam Sutera yang dijadualkan berlangsung pada 16 November 2024 di Zepp KL dibatalkan atas sebab kekurangan jualan tiket.
ARTIKEL BERKAITAN: Dikatakan Bakal Ambil Alih Gelaran Ratu Etnik Kreatif Malaysia, Aisha Retno Tidak Menolak Tapi…
ARTIKEL BERKAITAN: “Mahalini Sudah Sampaikan Lagu Itu Dengan…,” - Aisha Retno Minta Peminat Raikan Bakat Bukan Bandingkan
ARTIKEL BERKAITAN: Aisha Retno Hargai Komen Negatif, Anggap Ia Satu Proses Pembelajaran - “Mereka Melihat Persembahan Saya Dan Berani Menegur”
"Pihak pengurusan artis juga membuat keputusan untuk tidak menunda konsert berkenaan," katanya.
Pihak penganjur memohon maaf dan menyatakan ia bukan satu keputusan yang mudah buat mereka.
Pada masa sama, pihak penganjur juga memaklumkan bagi peminat yang sudah membeli tiket konsert, pemulangan wang akan dilakukan dalam masa 7 ke 14 hari bekerja.
Must-Watch Video