Sukan
Faisal Halim Lebih Ceria, Dah Mula Berjalan
Rakyat Malaysia menarik nafas lega selepas mendapat perkhabaran positif mengenai penyerang skuad kebangsaan, Faisal Halim.
Dah boleh makan dan mula berjalan
Faisal yang mendapatkan rawatan disebuah hospital swasta Shah Alam kini berada dalam keadaan stabil setelah menjalani pembedahan.Berita itu disahkan menerusi temu bual bersama Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar pada Jumaat.
“Alhamdulilllah pagi ini saya diberitahu Faisal Halim lebih ceria. Yang lebih seronok saya dengar dia sudah mula berjalan dalam bilik. Itu yang saya teruja, dah boleh pergi bilik air,” maklumnya.
Rakaman video pendek itu dikongsi oleh wartawan sukan Astro Arena menerusi platform X milinya.Miki special! Datuk Seri Shahril Mokhtar, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC sahkan Faisal Halim dah boleh berjalan. ?@ASTROARENA pic.twitter.com/BmNhga9kOS— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) May 10, 2024
BERITA TRENDING: Faisal Halim Disimbah Cecair Dipercayai Asid, Muka & Kepala Cedera
Terdahulu, Faisal mengalami lecur tahap empat selepas disimbah asid oleh dua individu tidak dikenali sewaktu membawa anak dan isterinya ke sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara.Faisal atau lebih dikenali dengan panggilan Mickey telah selamat menjalani pembedahan kali kedua yang dijalankan pada Selasa malam.
BERITA TRENDING: Terkini: Faisal Halim Dah Mula Jamah Makanan, Cuba Latihan Ringan
Sementara itu, memetik laporan media tempatan, Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar yang sempat melawat Faisal di hospital memaklumkan pemain itu sudah sedar dan mula menjamah makanan.Selain Faisal, dua orang lagi pemain bola sepak turut berdepan insiden tidak diingini iaitu Akhyar Rashid dan Safiq Rahim.
BERITA TRENDING: Akhyar Rashid Cedera Dibahagian Kepala, Dipukul & Disamun
BERITA TRENDING: Safiq Rahim Diserang Penjenayah, Cermin Kereta Dipecahkan Guna Tukul Besi
Must-Watch Video