,
Berita

Faisal Halim Disimbah Asid: “Apa Kena Mengena Dengan Saya” - Tunku Mahkota Ismail

Awani
10/06/2024
00:46 MYT
"Apa kena mengena dengan saya?”
Itu pertanyaan dilontarkan pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim ke atas segelintir pihak yang mendakwa penglibatan baginda dalam insiden serangan asid ke atas pemain kebangsaan dan Selangor FC, Faisal Halim.

Tiada kena mengena

Dalam satu program podcast bersama penyokong JDT, baginda yang juga Pemangku Sultan Johor dengan sekeras-kerasnya menafikan dakwaan penglibatan beliau sebagai perancang utama di sebalik insiden itu. Berita Trending: CCTV Dipercayai Rakaman Insiden Serangan Asid Terhadap Faisal Halim Tular
Berita Trending: Berkulit Sawo Matang Antara Ciri-Ciri Suspek Serangan Simbah Asid Faisal Halim
Berita Trending: Guru Muzik SMK Ditahan Reman Kerana Didakwa Hisap Kemaluan Pelajar Ketika Tidur
Berita Trending: Dah Pindah Ke Wad Biasa, Faisal Halim Teringin Makan Nasi Kandar
Berita Trending: Netizen Marah Anak Lelaki Krisdayanti Pilih Ibu Tiri, Sifatkan Orang Paling…
Tunku Ismail secara terbuka turut memberitahu baginda tidak mempunyai masalah dengan pemain sayap Harimau Malaya itu.
Bahkan, Faisal juga, titah baginda, bukan ancaman kerana pemain itu merupakan individu yang baik serta peramah.
"Yang pertama sekali budak ini (Faisal) adalah budak baik. Saya tak tahu hidup peribadi dia. Cuma, apa apa yang terjadi kepada dia memang harus kita 'condemn.' Tetapi apa kena mengena dengan saya?
"Hingga ada orang kata saya dalang (mastermind) di sebalik insiden itu. Kami JDT lawan dengan Selangor tahun lepas 4-0 (kalahkan Selangor), 4-0, 2-0 dan Faisal Halim main. Jadi Faisal Halim bukan ancaman untuk saya.
"Dia pemain yang bagus, dia pemain kebangsaan dan dia orang yang peramah. Tetapi kita tak tahu hidup peribadi dia, kita tak tahu apa agenda di sebalik serangan itu," tegas Tunku Ismail.
Baginda bertitah demikian ketika sesi podcast secara langsung pada Program Johor Youth Meet-up di Kompleks Sukan Educity, di Johor Bahru, pada Ahad.
Pada 5 Mei lalu, media tempatan melaporkan Faisal disimbah asid di sebuah pusat beli-belah di Damansara, Petaling Jaya sehingga menyebabkan kecederaan di badan dan tangannya.
Dalam perkembangan sama, Tunku Ismail bertitah, Faisal hanya seorang pemain bola dan bukan seorang penjenayah yang harus menjadi sasaran.
"Kalau saya hendak habiskan orang saya ada target (sasaran) yang lebih besar dalam negara ini. (Individu itu menjadi sasaran ialah) yang ambil duit rakyat... yang menyusahkan rakyat.
"Orang-orang ini lebih penjenayah yang harus dihapuskan bukan pemain bola sepak.
"Perkara seperti itu pun orang nak cakap pasal saya. Macam bapuk buang asid itu, macam lembik.
"Baru-baru ini saya dapat berita bas pasukan Selangor kena serang di Jakarta, itu pun salah saya ke? Takkan semua benda salah saya. Faisal adalah seorang yang baik, dia bukan ancaman kepada kami," tegas Tunku Ismail lagi.
Sumber: Astro Awani

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Keluang Man

Mural Gergasi Keluang Man, Nas Anggap Satu Penghormatan - “Paling Besar, Tiga Tingkat Memang Hebat”

gempak
11/09/2024
12:25 MYT
Nas Muammar Zar menyatakan rasa berbesar hati melihat mural gergasi setinggi tiga tingkat superhero ikonik Malaysia, Keluang Man diabadikan di Kluang, Johor.
Hiburan

Jadi Lokasi Ikonik Penggambaran Filem, Mural Gergasi Keluang Man Setinggi Tiga Tingkat Diabadikan Di Kluang Johor

gempak
07/09/2024
09:30 MYT
Bagi meraikan watak kebanggaan superhero ikonik Malaysia, Astro Shaw melancarkan mural gergasi Keluang Man di salah satu lokasi penggambaran filemnya iaitu di Kluang, Johor.
Hiburan

“Ancaman Deepfake AI Wajah Artis Lebih Bahaya Daripada Mesej ‘Nakal’” - Nazrief Nazri

gempak
04/09/2024
04:25 MYT
Waspada dengan ancaman deepfake pelakon Nazrief Nazri menganggap ia sebagai perkara yang cukup bahaya dan perlu diatasi pihak kerajaan.
Hiburan

Rita Rudaini Bengang Tajuk Artikel Petik 'Anak Legenda JDT' - “Aku Penat Bela Dari Kecil, Legenda? Celah Mana?”

gempak
02/09/2024
08:55 MYT
Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa bengang apabila sebuah portal menggunakan tajuk ‘Anak Legenda JDT’ mengenai pencapaian anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin di Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Selangor (MSSS) 2024, baru-baru ini.
Viral

'Adik Dengar Kakak Cakap "Tak Nak" Dalam Bilik Air'

gempak
01/09/2024
06:31 MYT
Guru mengaji dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Muar, pada Ahad, atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muridnya dalam bilik air di sebuah pusat mengaji di Batu Pahat, bulan lalu.