,
Laman Utama

Fahad Iman Pelakon Dimaksudkan Sertai ‘Perhimpunan Keluar & #Lawan’?

Fiza Kamarudin
01/08/2021
03:40 MYT
Semalam (Sabtu) telah berlangsung perhimpunan 'Keluar dan #Lawan' di sekitar Dataran Merdeka yang dianjurkan bagi menunjukkan soladiriti rakyat terhadap rakyat .
Turut tular, seorang pelakon yang dikatakan turut menjadi peserta perhimpunan aman tersebut bersama 400 orang individu lain.
Pelakon yang dikaitkan netizen dengan perhimpunan tersebut ialah Fahad Iman kerana dia di antara yang terbuka berkongsi mengenai ‘bendera hitam’ dan #lawan.
Malah menerusi tinjauan Gempak di laman sosial Instagram (IG) Fahad, pelakon Suri Hati Mr.Pilot itu turut memuat naik beberapa foto ketika menyertai perhimpunan tersebut.
Selain itu, Fahad turut menggunakan foto bendera hitam dan menulis perkataan #lawan di ruangan bio IGnya.
Semalam, media melaporkan sekumpulan individu mula berarak dari Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek menuju ke Dataran Merdeka, kira-kira jam 11 pagi.
Kumpulan individu berkenaan yang memakai baju hitam dilihat membawa bendera hitam, selain sepanduk menunjukkan protes terhadap kerajaan serta replika jenazah.
Polis turut dilihat melakukan pemantauan melalui udara menggunakan helikopter selain menutup beberapa laluan menuju ke Dataran Merdeka, sejak pagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

DBKL Batal Sambutan Ambang Merdeka

gempak
28/08/2024
23:25 MYT
Sambutan Ambang Merdeka 2024 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Dataran Merdeka pada 30 Ogos ini dibatalkan.
Sukan

Belal Muhammad Petarung Palestin Pertama Juara UFC, Ini Fakta-Fakta Menarik Tentang Beliau!

gempak
29/07/2024
10:30 MYT
Belal Muhammad berjaya merampas gelaran milik Leon Edwards selepas menewaskan bekas juara welterweight itu dalam aksi UFC 304, pada Ahad.
Laman Utama

Kak Ani Lakar Sejarah Malaysia Book Of Records, Persembahan Tarian Tradisional Disertai Penari Paling Ramai! - "Ia Tak Sama Macam Kita Menang Anugerah"

gempak
26/09/2022
02:25 MYT
Tahniah Kak Ani!
Laman Utama

Netizen Kecewa Lihat Sampah Bersepah Selepas Sambutan Hari Kebangsaan - “Inilah Erti Kemerdekaan Yang Sebenar Buat Rakyat Malaysia”

gempak
01/09/2022
02:50 MYT
Sampah sarap bersepah selepas sambutan Hari Kebangsaan 2022
Laman Utama

Selepas Seminggu Dikaitkan Dengan 'Perhimpunan Keluar & #Lawan', Fahad Iman Negatif COVID-19

gempak
09/08/2021
09:15 MYT
Pelakon Fahad Iman berkongsi foto ujian calitan COVID-19 yang menunjukkan keputusan negatif.