Berita
Fadza Didakwa Berkerja Dengan Isteri, Ini Penjelasan Vivy Yusof
Usahawan popular, Datin Vivy Yusof menegaskan bahawa suaminya, Datuk Fadza Anuar adalah individu yang bertanggungjawab memulakan perniagaan dalam syarikat perusahaan jenama Fashion Valet dan dUCk.
Menurut Vivy, terdapat segelintir pihak mempersoal sama ada suaminya itu berkerja dengannya tanpa mengetahui Fadza adalah individu penting dalam syarikat yang diusahakan mereka itu.
Perkara itu dikongsi Vivy menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
“Fadza Anuar tu kerja apa ya? Kerja untuk Vivy ya?”
"Not many know that he was the one who started FV and dUCk, the brains behind them yet people think he works for me.
"To my husband, my backbone, my best friend, my boss, my uni sweetheart, my driver, my ATM machine, my sometimes photographer, my all the time Netflix buddy, my soulmate, I love you.
" Thank you for always pushing me to be the best I can be whilst still reminding me to syukur and remain grounded, I’m thankful for you every single day," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif dan memuji pasangan ini dengan mengatakan mereka kelihatan 'sweet' bersama.
Must-Watch Video