,
Laman Utama

Fadlan Hazim Selamat Bergelar Suami Kepada Wanita Kazakhtan, Aiya Mukhamedsalova

Syafiqah Jalal
16/07/2023
02:50 MYT
Hanya dengan sekali lafaz, aktor Fadlan Hazim selamat bergelar suami kepada wanita asal Kazakhstan, Aiya Mukhamedsalova, 29, dengan di Masjid Wilayah Perseketuan, Kuala Lumpur tepat jam 10.27 pagi tadi.
Pasangan itu dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI), Muhammad Fairudz Saderi bersama dua orang saksi.
Fadhlan menyerahkan mas kahwin sebentuk cincin serta lima dulang hantaran untuk isterinya. Sementara wang hantaran pula dirahsiakan.
Mempelai yang menyarung baju sedondon warna putih suci bersih itu mengikat tali pertunangan pada 1 Oktober tahun lalu.
Pelakon filem Sangkar itu pernah mendedahkan, sebelum mengikat tali pertunangan, dia diuji dengan bermacam-macam perkara termasuk ujian ‘kelakian’ aneh demi membuktikan dirinya cocok untuk bersama dengan wanita terbabit.
Pengantin bakal diraikan dalam satu majlis resepsi pada Oktober depan.
BACA: Bertunang Dengan Wanita Kazakhstan Oktober Lalu, Fadlan Hazim Perlu Lalui Ujian ‘Kejantanan’ - “Kena Jalan Atas Papan Ada Paku & Minum Susu Kuda”​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Fadlan Hazim Nampak Kesukaran Ibu Bapa Bahagikan Kasih Sayang, Letak Sasaran Untuk Ada 2 Anak - “Walaupun Saya Ada Duit Berjuta Sekalipun…”

gempak
09/09/2024
11:55 MYT
Melihat kesukaran ibu bapa untuk membahagikan kasih sayang yang adil kepada adik-beradik, pelakon Fadlan Hazim meletakkan sasaran untuk mempunyai dua orang anak.
Hiburan

Dilabel ‘Penyangak' Gara-Gara Berimej Rambut Panjang, Fadlan Hazim: “Saya Tak Terasa Sebab…”

gempak
08/08/2024
01:55 MYT
Aktor Fadlan Hazim berkongsi isterinya iaitu Aiya Mukhamedsalova teruja dengan imej terbaharunya kini yang berambut pendek.
Hiburan

[VIDEO] Fadlan Hazim Potong Rambut & Cukur Jambang Buat Netizen Tak Keruan – “Wow Macam Kim Ji Hoon”

gempak
12/07/2024
09:55 MYT
Aktor Fadlan Hazim tampil dengan imej baru apabila nekad memotong rambut dan mencukur jambang pada wajahnya, baru-baru ini.
Hiburan

Rumah Tangga Penuh Keberkatan, Hati Fadlan Hazim Kini Lebih Lembut - “Ada Orang Curah Kasih Sayang”

gempak
28/02/2024
03:38 MYT
Fadlan semakin gembira sejak beristeri.
Laman Utama

Fadlan Hazim Berselera Makan Daging Kuda, Ramai Teringin Nak Rasa - "Wife Aku Kazakhstan Ajar Makan Makanan Dia”

gempak
19/11/2023
13:55 MYT
Nampak menyelerakan bila Fadlan makan.