,
Laman Utama

Fabulous Friday Bukan Konsert, Tapi Pertunjukan Manusiawi Tulus

Maliah Surip
08/01/2023
14:50 MYT
Dua malam pada tanggal 5 dan 6 Januari 2023 menjadi momen tak terlupakan para peminat Tulus, lewat siri pertunjukan Fabulous Friday di Plenary Hall, Kuala Lumpur.
Ramai yang mengeluh tidak puas, berasa pertunjukan dengan durasi sekitar satu jam setengah dan Tulus melantunkan gemersik vokalnya dengan sekitar 15 lagu sahaja.
Mereka bayangkan pertunjukan tersebut berbentuk konsert dengan puluhan lagu dan durasi masa yang lebih panjang.
Namun jika memahami konsep Fabulous Friday yang beberapa siri sebelum ini diadakan di DFP, peminat akan pulang dengan senyum lebar kerana membuka awal tahun menonton pertunjukan yang dilaksanakan sepenuh hati oleh Tulus.
Apalagi meski sebuah pertunjukan, Tulus sedikit pun tidak menurunkan karisma dan piawaiannya sebagai seorang penghibur.
Masih membumi, memperkenalkan dirinya ‘Hi teman teman, perkenalkan nama saya Tulus’ yang kemudian disambut gegak gempita oleh sekitar 2,800 peminat tegarnya.
Di media sosial, peminat masih memuat naik banyak potongan video dalam reels, berkongsi momen Tulus menghiburkan dengan penuh santun tapi berkelas.
Banyak lagu dari album kelima yang juga terkininya, Manusia, dilantunkan dan disambut nyanyian ‘berjemaah’ peminat.
Diri dan Hati Hati Di Jalan antara dua single yang dirilis beberapa bulan lalu itu sudah merasuk peminat.
Setiap baik liriknya menyentuh tepat ke relung hati, sesuai dengan album yang diberi nama Manusia; kata Tulus serba ringkas ia seperti fragmen kehidupan yang berwarna lalu dituangkan ke dalam sebuah karya.
Saat Tulus mendendangkan lagu lagu yang mengharumkan namanya bukan sahaja di Indonesia, malah Singapura, Brunei dan Malaysia, dia sudah ‘menang besar’.
Untaian seperti Ruang Sendiri, Gajah, Monokrom, Teman Hidup, Sepatu, Sewindu, Jangan Cintai Aku Apa Adanya (JCAAA) menerusi versi akustik, terus disambut antusias oleh para peminat.
Kebanyakan mereka kemudian sudah terlupa jika ini adalah konsert atau pertunjukan.
Kelompok peminat juga terbelah dua; ada yang puas sehingga tidak boleh move on dan masih menjerit menyanyi di luar dewan usai pertunjukan ; manakala ada yang berasa tidak puas kerana mengesan ada kekurangan pada sistem bunyi yang menyokong pertunjukan malam tersebut.
Kata peminat yang hadir mencari kualiti muzik yang baik, ada sesuatu yang tidak ‘menenangkan’ pada bunyian muzik pertunjukan Tulus malam itu dan sesekali suara yang menjadi senjata utamanya melumpuhkan hati peminat tenggelam.
Namun, itu bukan sebab utama artikel ini ditulis, mahu complaint semata mata.
Tapi mahu memberitahu produksi dan penganjur, pertunjukan yang membawa Tulus lewat siri Fabulous Friday selama dua hari itu tuntas luar biasa.
Tulus menyalurkan energi positif dengan cara menyantuni peminat dan pesan pesan manusiawi yang ada dalam setiap lagunya sudah cukup membantu kita semua berdamai dengan diri sendiri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3

gempak
20/09/2024
05:22 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3 Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!