,
Hiburan

Ezra Kairo Gembira Lagu Campuran Bahasa Tamil dan Melayu, Oh My Kadhale Terima Sambutan Hangat

Umirah Halim
29/05/2024
13:55 MYT
Penyanyi baharu, Ezra Kairo gembira kerana single terbaharunya bersama penyanyi, Zubir Kham, Oh My Kadhale atau OMK diterima baik oleh pendengar di Malaysia.

Ezra tak sangka dapat sambutan hangat

Ezra atau nama sebenarnya Daniel Ezra Mohd Shafiq Nickleson, berkata dia tidak menyangka lagu dwibahasa (India dan Melayu) yang dihasilkan bersama Zubir Khan itu mendapat sambutan yang hangat daripada orang ramai.
"Saya berasa amat gembira dengan sambutan dan penerimaan terhadap lagu "OMK (Oh My Kadhale)" daripada rakyat Malaysia. Lagu ini adalah dwibahasa, menggabungkan Bahasa Tamil dan Bahasa Melayu.
“Namun, saya tidak menyangka bahawa seluruh Malaysia akan mendengar dan menikmati lagu ini, terutama sekali masyarakat Melayu.

“Saya sangat berbesar hati dan bangga dapat mempersembahkan sebuah lagu yang menyatukan rakyat kita yang berbilang kaum,” katanya kepada Gempak.

Sementara itu, penyanyi yang berusia 23 tahun itu juga menganggap lagu OMK sebagai sesuatu yang sangat istimewa kerana memberi kesan terhadap kariernya.
"OMK (Oh My Kadhale" adalah lagu yang unik dan istimewa buat saya kerana ia berjaya menjadi "Trending" nombor 1 (satu) di Carta Muzik Malaysia.
“Lagu ini telah memberi kesan besar dalam hidup saya dan saya berbangga ia mendapat sambutan daripada kedua-dua komuniti Melayu dan India, menjadikannya lebih istimewa,” tambahnya lagi.
Lagu OMK (Oh My Kadhale) telah dilancarkan pada 17 Mei 2024 di kesemua pelantar muzik digital, kini berjaya mencapai lebih 700 000 tontonan dalam masa satu minggu dan kini "Trending" nombor 1 (satu) untuk video musiknya di YouTube dan telah mencapai sebanyak lebih 120 000 pendengar di Spotify.
OMK boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music dan juga iTunes.
Untuk info, lirik lagu ini ditulis sendiri oleh Ezra Kairo dan Zubir Khan manakala komposer lagu ini adalah gabungan dari Ezra Kairo, Zubir Khan dan Mingaling.

Berita Trending: Selalu Tak Datang Set Penggambaran, Tony Eusoff Dedah Nak Tampar Aktres…

Berita Trending: Zarina Zainuddin, Kak KM & Datuk Hattan Kongsi Pencapaian…
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Ulul Azmi Lagu Nasyid Berdurasi 10 Minit, AWLA Bekerjasama Dengan Jenny Chin - "Muzik Ala Disney, Ada Sentuhan Timur Tengah"

gempak
17/09/2024
20:21 MYT
Kumpulan nasyid AWLA tampil dengan single terbaharu berjudul Ulul Azmi dengan durasi hampir 10 minit!
Viral

Suami Isteri Tak Jadi Cerai Lepas Dengar Lagu Di Radio ERA - “Kami Dah Berbaik”

gempak
11/09/2024
14:25 MYT
Sepasang suami isteri membuat keputusan dengan memilih untuk tidak berpisah selepas mendengar lagu-lagu di radio ERA, baru-baru ini.
Artis

”Lagu Zaman Sekarang Kosong & Tiada Jiwa, Tak Macam Lagu…” Rahmat Mega

gempak
06/09/2024
11:55 MYT
Penyanyi, Rahmat Mega berpendapat kebanyakkan lagu pada masa kini bagaikan tidak mempunyai jiwa dan ‘rasa’.
Hiburan

Vibes Galau & Melodi Menyentuh Hati, Lagu Baru One Avenue Band Boleh Buat Pendengar Menangis - "Ia Tentang Pasangan Tak Setia"

gempak
04/09/2024
17:58 MYT
One Avenue Band muncul dengan single baharu berjudul Jangan Pergi.