,
Hiburan

Eyra Hazali Mengidam Nak Mandi Swimming Pool, Suami Beli Satu Letak Di Rumah - "Saya Banyak Kali Tolak Sebab ..."

Zulaikha Yusof
23/06/2020
02:05 MYT
Pelakon Eyra Hazali meluahkan rasa gembira selepas keinginannya untuk mandi manda di swimming pool sudah ditunaikan oleh suaminya, Muhammad Haziq Nadzli yang juga merupakan penjaga gol skuad bola sepak bawah 23 tahun negara.
Kata Eyra, dia mula mengidam sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun terpaksa dipendam disebabkan keadaan tidak mengizinkan.
"Saya mengidam nak mandi swimming pool sejak PKP dilaksanakan tapi terpaksa ditangguhkan dulu.
"Masatu kami tak pindah rumah lagi, masih di kondonimium. Saya tak meletakkan harapan yang tinggi walaupun ramai cakap ibu mengidam ni kena ditunaikan. Saya pun tak memaksa Haziq.
"Bila dah pindah rumah landed, masa kami keluar ke pusat membeli belah Haziq cakap nak belikan swimming pool untuk saya
"Mula-mula tu saya banyak kali juga tolak sebab tak penting pun. Tapi Haziq la tetap juga nak beli," katanya ketika dihubungi Gempak.
Dalam pada itu, pelakon filem M4M4 menyatakan sepanjang mengandung itu adalah mengidam yang paling pelik dirasainya.
"Saya rasa itu ja mengidam yang paling pelik. Biasalah ibu mengandung ini.
"Saya bukan seorang perenang, tak suka juga untuk pergi ke Taman Tema Air tapi tetiba perasaan tu nak," katanya lagi.
Eyra dan Haziq berkahwin pada 1 November 2019 selepas dua tahun berkenalan. Kini, Eyra sedang sarat hamil 32 minggu.
BACA: Eyra Hazali Rancang Pindah Rumah 'Landed' Dalam Masa Terdekat, "Kami Nak Ada Bilik Baby Sekali .."
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Kalau Makan Lauk Melayu Atau Mamak Rasa Macam Nak Muntah" - Atikah Suhaime Kongsi 'Mual Series Mukbang' Makan Western Food, Netizen Speku Hamil?

gempak
15/09/2024
21:55 MYT
Perkongsian pelakon kelahiran Singapura, Datin Atikah Suhaime menerusi beberapa siri hantaran 'Mual Series Mukbang' di media sosial mengundang pelbagai tanda tanya dan spekulasi warganet.
Hiburan

Suami Eyra Hazali Sedih, Impian Nak Anak Kembar Tak Kesampaian - “Dia Mengharapkan Juga Dari Anak Pertama Tapi…”

gempak
30/05/2024
06:55 MYT
Rezeki yang tidak disangka apabila pelakon Eyra Hazali dimaklumkan dirinya hamil bayi kembar ketika membuat ultra bunyi di sebuah hospital.
Hiburan

Suami Sepupu Eyra Hazali Salah Seorang Mangsa Nahas Helikopter TLDM - “Al-Fatihah Kepada Semua Yang Terlibat…”

gempak
23/04/2024
05:40 MYT
Semoga roh mangsa terlibat ditempatkan bersama orang beriman.
Hiburan

Uyaina Arshad Kongsi Pengalaman Hamil Anak Pertama & Kedua - “Syahiran Yang Banyak Mengidam Tahap Merajuk Cranky Kalau…”

gempak
18/04/2024
11:55 MYT
Uyaina tak pernah ada rasa mengidam.
Hiburan

Sempat Rasa Sabun Sebelum Bersalin, Asha Merican; "Rasa Puas Tu Tak tahu Nak Cakap Macam Mana"

gempak
01/04/2024
09:17 MYT
Isteri Harris Annuar pernah mengidam makan sabun.