,
Laman Utama

Exist Kembali Ke Borneo Selepas 20 Tahun, Jual Tiket Serendah RM77!

Amri Hassan
31/10/2023
11:55 MYT
Ubati rindu peminat! Itu yang dijanjikan kumpulan Exist yang bakal kembali mengadakan konsert berskala mega sempena Konsert Exist Borneo Tour pada Disember ini.
Kata penganjurnya, Pengarah Urusan Menara Network, Datuk Ab Razif Asmuni konsert terbabit bakal diadakan di Sabah dan Sarawak pada 17 dan 30 Disember.
Saya berharap, penganjuran konsert ini dapat menyajikan persembahan dan hiburan terbaik untuk penduduk Sabah dan Sarawak. Lebih menarik, harga tiket yang ditawarkan adalah mampu milik.
“Saya berharap konsert ini dapat mengubat kerinduan peminat Exists yang selama ini menantikan kehadiran mereka di dua negeri tersebut,” katanya.
Konsert tersebut turut menyaksikan anggota Exist Ezad Lazim, Ajai, Along, Ujang dan Musa berkongsi pentas sama.
Difahamkan, lebih 20 lagu Exist bakal dibawakan di konsert berkenaan selain beberapa lagu bakal diberi nafas baharu.
Konsert Exists Borneo Tour akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo di Sarawak dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah. Tiket dijual pada harga RM77 hingga RM238.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Ajai Kongsi Video Hafiz Suip Bukan Sebab Nak Raih Perhatian - “Saya Tak Nampak Dia Nak Tinggalkan…”

gempak
17/09/2024
11:55 MYT
Penyanyi dan komposer terkenal, Ajai menjelaskan perkongsian video penyanyi Hafiz Suip sebelum ini bukanlah untuk meraih perhatian netizen.
Berita

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Badai Perak, Sabah & Labuan

gempak
17/09/2024
04:50 MYT
Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang diramalkan membadai Perak, Sabah dan Labuan hingga jam 1 tengah hari ini.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ajai Ulas Kemenangan Farhan Mustapha - “Pada Awal Saya Tak Nampak Lagi Kekuatan Dia, Ia Betul-Betul Nampak Bila…”

gempak
16/09/2024
08:25 MYT
Juri Gimme The Mic Malaysia Ajai mengakui bukan mudah untuk menilai setiap peserta dan finalis yang bertanding.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: 10 Peserta Ke Pentas Akhir, Langkah 2 Peserta Terhenti… Jom Semak Markah Penuh Minggu Separuh Akhir

gempak
08/09/2024
20:55 MYT
Peserta Farhan Mustapha unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu Separuh Akhir Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.