,
Laman Utama

The Exchange TRX Dah Buka, Ini Kedai-Kedai Best Korang Boleh Pergi! Tapi Harga Parking Keras Sikit…

Firdaus
02/12/2023
11:55 MYT
Pusat beli-belah The Exchange TRX akhirnya dibuka secara rasmi pada 29 November lalu. Mempunyai keluasan 1.3 juta kaki persegi dengan lebih daripada 400 kedai, pasti ramai tertanya, apakah perkara menarik yang boleh didapati di sana.

BERITA TRENDING: Very Internasional! Elrah Exclusive Hiasi Billboard Gergasi Sebelah Menara TRX, Berhabis Jutaan Ringgit

Antara kedai-kedai yang boleh dikunjungi termasuklah kedai berjenama mewah dan mampu milik seperti:
- Balenciaga - Louis Vuitton - Gucci - Saint Laurent - Bottega Veneta - Fendi - Carhartt - Fear Of God - Uniqlo
Pusat sosial baharu berikut turut menawarkan taman awam seluas sepuluh ekar pada bahagian bumbung.
Taman itu menempatkan lebih 150,000 tanaman dengan 95 peratus darinya terdiri daripada spesies asli atau semula jadi.
Selain itu, peminat-peminat jenama Apple pasti teruja dengan pembukaan Apple Store pertama di Malaysia selepas khabar angin tentang kedai berkenaan tular pada 2021.
Ingin ke ke sana? Berikut merupakan jalan yang boleh diikuti untuk ke The Exchange:
Terowong SMART Jika pengunjung datang dari Terowong SMART, apa yang perlu dilakukan ialah mengikut jalan keluar ke ‘TRX’. Ini akan membawa pengunjung terus ke terowong TRX yang mempunyai empat jalan keluar ke The Exchange TRX.
Jalan Tun Razak Jika pengunjung datang dari Jalan Tun Razak, semua laluan boleh diakses untuk ke The Exchange TRX. Pengunjung yang menghala dari Bulatan Kampung Pandan, apa yang perlu dilakukan ialah kekal di bahagian kiri jalan dan mengambil susur jalan ke terowong TRX.
Bagaimanapun, jika anda merancang ke TRX, pastikan anda bersedia untuk membayar harga tempat letak kereta yang boleh dikategorikan agak mahal. Berikut merupakan perkongsian di platform X.
Smlm aku jalan2 dlm tu tak ingt berapa jam tapi parking aku kene bayar RM15 ???
aku parking biasa, bukan premium parking pic.twitter.com/5uzpeP35eD— FazliHalim (@fazlihalimmedia) November 30, 2023
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Kawasan Waterplay The Exchange TRX Dalam Proses Penyelenggaraan, Netizen Kesal! - "Ni Bukan Waterpark, Culture Shock Sungguh!"

gempak
06/12/2023
04:55 MYT
Tiba-tiba under maintenance
Laman Utama

Netizen ‘Busuk Hati’ Tengok Budak-Budak Mandi Di Area Air Pancut The Exchange TRX? Ini Jawapan Pihak Pengurusan

gempak
04/12/2023
09:55 MYT
Boleh mandi ke tak?