,
Laman Utama

Ewan, Rea & Aswad Jalil Suara Baharu Di GEGAR Petang & Malam

Amri Hassan
16/08/2022
12:35 MYT
Peminat GEGAR boleh berhibur dengan gandingan baharu di segmen GEGAR Petang, dihoskan oleh Ewan dan Rea, dari jam 3 petang hingga 7 malam, dan segmen GEGAR Malam bersama Aswad Jalil, personaliti baharu GEGAR, dari jam 8 malam hingga 12 tengah malam.
Kata Pengurus Kandungan GEGAR, Raja Nadia Salwana Raja Hisham pihaknya teruja untuk memperkenalkan Ewan, Rea dan Aswad Jalil.
"Kami teruja untuk memperkenalkan para peminat kami di Pantai Timur dengan gandingan baharu di segmen GEGAR Petang bersama Ewan dan Rea, dan berbesar hati mempelawa kehadiran personaliti baharu Aswad Jalil di segmen GEGAR Malam.
"Peminat akan terus berhibur dengan pelbagai pengisian menarik yang pastinya menepati pemintaan semua dan berharap mereka dapat menikmati pembaharuan ini. Kami juga berterima kasih kepada semua peminat atas sokongan mereka untuk personaliti-personaliti dan jenama radio GEGAR," katanya.
Pembaharuan ini dapat dinikmati sekarang, setiap hari Ahad hingga Khamis di udara dan juga menerusi aplikasi dan laman web SYOK.
Segmen ‘GEGAR Petang bersama Ewan dan Rea’ menampilkan pelbagai pengisian terkini untuk hiburkan peminat, termasuk:
  • FYP Ter, di mana Ewan dan Rea berkongsi info terkini serta perkara tular dalam kalangan Komuniti setempat.
  • Jolo Ko Pak Dor, di mana Ewan menggayakan watak Pak Dor yang serba tahu dan berkongsi perkara yang menarik minatnya dalam topik gaya hidup, muzik dan makanan.
  • Yee Dok?, di mana Ewan dan Rea berkongsi berita antarabangsa yang tular di media sosial.
  • Bbual Sek Kito, di mana peminat diberi peluang untuk berinteraksi bersama Ewan dan Rea tentang topik perbualan harian yang menarik.
  • Hello Pegawai Farmasi, perkongsian maklumat perubatan daripada tetamu jemputan yang diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
  • Gali Ilmu, di mana peminat boleh bertanyakan soalan dan menerima perkongsian tentang topik kekeluargaan bersama Ustaz Ihsan dan Ustaz Hariri, dua pendakwah bebas di GEGAR.
Di segmen ‘GEGAR Malam’, para peminat kini ditemani oleh Aswad Jalil, personaliti baharu GEGAR yang berasal dari Marang, Terengganu. Jejaka yang berbakat dalam bidang pengacaraan serta meminati motosikal besar, akan menemani dan berinteraksi bersama peminat dalam:
  • Filem Soho Kita, di mana peminat diberi peluang untuk mengundi filem-filem terbaik di media sosial GEGAR dan Aswad akan mengupas lanjut tentang filem yang mendapat undian tertinggi dari pendengar.
  • Ngeteh Dulu, di mana Aswad akan membawa artis jemputan untuk perkongsian tentang drama dan filem menarik.
Untuk maklumat lanjut tentang personaliti baharu dan pengisian terkini GEGAR, layari www.gegar.my atau ikuti GEGAR di platform media sosial.
Ikuti laman media sosial GEGAR.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Pertarungan Sengit 10 Finalis, Elemen Kejutan Jadi Tumpuan… Ini Ramalan Siapa Yang Bakal Bergelar Juara

gempak
15/09/2024
06:55 MYT
Debaran semakin kencang! Pentas akhir Gimme The Mic Malaysia bakal berlangsung malam ini dengan menyaksikan 10 finalis bakal berentap menjadi yang terbaik.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.
Hiburan

Linda Onn Beri Nasihat, Penyampai Radio Harus Jaga Etika Bahasa

gempak
14/09/2024
14:55 MYT
Penyampai radio terkenal era 2000-an, Linda Onn, mengakui kurang setuju dengan pendekatan penyampai radio zaman sekarang.
Viral

Suami Isteri Tak Jadi Cerai Lepas Dengar Lagu Di Radio ERA - “Kami Dah Berbaik”

gempak
11/09/2024
14:25 MYT
Sepasang suami isteri membuat keputusan dengan memilih untuk tidak berpisah selepas mendengar lagu-lagu di radio ERA, baru-baru ini.