,
Hiburan

Erra Fazira Dalam Diam Menaruh Hati Kepada Taufik Batisah

Kamaruddin Razal
18/02/2017
16:20 MYT
Pelakon dan penyanyi jelita Erra Fazira dalam diam menaruh hati kepada penyanyi kelahiran Singapura, Taufik Batisah.
Aksi Erra meminati Taufik dalam diam boleh disaksikan menerusi filem terbaru terbitan FiTA Studios, Soulmate Hingga Jannah.
“Menerusi filem tersebut, saya membawa watak sebagai Ira yang meminati sahabat baik saya semenjak zaman university, Azmeer, lakonan Taufik. Saya meminati Taufik tetapi dia langsung tidak sedar akan perkara tersebut,” kata Erra.
Turut menjalani penggambaran di luar negara, Erra menjelaskan yang proses penggambaran berjalan dengan lancar di bawah arahan Professor Datuk Dr. A. Razak Mohaideen.
“Selain menjalani penggambaran di Malaysia, kami juga turut berangkat di Chiang Mai, Thailand selama 10 hari. Kru produksi dan pelakon-pelakon lain sangat komited dengan kerja dan proses penggambaran menjadi sangat mudah.
“Saya pernah bekerja dengan Razak semenjak saya bergelar anak dara sehingga kini. Dia merupakan seorang pengarah yang tahu apa yang dia mahukan. Saya gembira dan selesa bekerja dengan Razak,” katanya lagi.
Filem Soulmate Hingga Jannah yang dijayakan Erra bersama Taufik Batisah, Raja Ilya, Reen Rahim dan Douglas Lim ini sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura bermula 16 Februari 2017.
Sumber: HLive Olahan oleh: Kamaruddin Razal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Janganlah Sesuka Hati Pegang Anak Orang, Minta Izin Dulu” – Erra Fazira

gempak
14/09/2024
06:55 MYT
Pelakon dan pengacara jelita, Erra Fazira meluahkan rasa kurang senang apabila timbul isu berkaitan kanak-kanak menjadi mangsa amang seksual fizikal seperti yang tular baru-baru ini.
kilauan-emas

Kilauan Emas 2024: Dipanggil Semula Jadi Juri, Erra Luah Rasa Teruja - “Kilauan Emas Ni Dekat Dengan Saya”

gempak
10/09/2024
13:55 MYT
Pelakon jelita, Erra Fazira menyatakan dirinya sangat teruja apabila masih lagi dipilih untuk menjadi salah seorang daripada tiga juri dalam program realiti, Kilauan Emas 2024.
Hiburan

Bimbang Dengan Kes Jenayah, Erra Fazira Pantau Aktiviti Anak Perempuan - "Saya Tidak Mengongkong Anak"

gempak
29/08/2024
11:55 MYT
Susulan kes jenayah yang semakin membimbangkan, aktres jelita, Erra Fazira menzahirkan rasa risau terhadap keselamatan anak perempuannya, Engku Aleesya.
Viral

Diberi Peluang Laungkan Azan Untuk Solat Jumaat, Taufik Batisah Ambil Masa 3 Minggu Untuk Berlatih

gempak
03/06/2024
07:55 MYT
Penyanyi dan pelakon Taufik Batisah mendedahkan yang dia mengambil masa selama tiga minggu untuk berlatih sebelum menggalas tanggungjawab sebagai bilal dan melaungkan azan bagi solat Jumaat pada 31 Mei lalu.
Laman Utama

Malaysia & Indonesia Sudah, Kini Engku Emran Nak Cari Calon Isteri Korea Pula?

gempak
20/10/2023
00:55 MYT
Mana tahu ada jodoh kan.