,
Laman Utama

Ernie Zakri, Syamel Bakal Buat Konsert Hujung Tahun Ini! - "Kami Janjikan Yang Gempak-Gempak Untuk Penonton Nanti"

Shahrin Zulkifle
24/07/2022
09:00 MYT
Penyanyi duet bervokal lantang, Ernie Zakri dan Syamel bakal mengejutkan peminat dengan konsert sulung mereka pada hujung tahun ini.
Menurut pemilik nama Nur Ernie Shahirah Zakri,29, tarikh rasmi belum dapat dikongsikan kerana konsert berkenaan masih pada tahap persiapan.
“Alhamdulillah banyak plan saya bersama pihak naungan (Rocketfuel) untuk tahun ini dan hadapan selepas kita sudah berehat lama disebabkan Covid-19.
“Insyallah Ernie dah Syamel akan buat satu konsert pada hujung tahun ini, cumanya tarikh itu kami akan maklumkan kelak, sekarang masih belum boleh lagi.
“Secara rasminya bermula bulan depan (Ogos) kami akan memulakan promo untuk konsert saya dan Syamel.
“Sebenarnya banyak lagi yang sedang dirancangkan dan ada beberapa hal juga yang sudah diselesaikan untuk konsert berkenaan,” katanya kepada Gempak.
Tambah Ernie, satu kejutan terbesar akan dihadiahkan kepada peminatnya yang hadir pada konsert berkenaan.
“Kami akan janjikan yang gempak-gempak untuk semua penonton kami yang akan hadir pada konsert tersebut dan yang istimewanya ada lagu baru yang kami akan nyanyikan pada malam itu.
“Untuk progress konsert pula baru 40 peratus lebih kurang macam itu, sebabnya ada lagi beberapa hal yang perlu dikemaskini lagi.
“Kami juga perlu berjumpa dahulu dengan pengarah muzik kami berkenaan arrangement, termasuk beberapa hal lain akan diperincikan lagi pada meeting seterusnya.
“Tapi apa yang boleh saya katakan disini, konsep itu sangat dekat dengan peminat kami berdua,” ujar Ernie.
Sekadar info, Ernie Zakri dan Syamel telah selamat bergelar suami isteri pada 26 Mac 2021 dengan berwalikan bapa kepada Ernie, Zakri Amad, dalam majlis yang berlangsung di Masjid Puncak Alam.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Nur Khawla Soleha yang kini berusia lima bulan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

You Know Nothing About Sports: Ernie Zakri Sakit Perut Sebelum Main Bola Jaring Dengan Sherry Alhadad Gara-Gara….

gempak
19/09/2024
11:25 MYT
You Know Nothing kini kembali dengan You Know Nothing About Sports yang menampilkan Sherry Alhadad akan berpasangan dengan seorang selebriti popular tempatan untuk mencuba mempelajari satu sukan baru.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.