,
Laman Utama

Ernie Akui Sedih Tinggalkan Khawla Ketika Keluar Bekerja - “Kalau Tengok Gambar Boleh Meleleh Air Mata”

Izwan Isa
22/08/2022
08:50 MYT
Baru sahaja bergelar ibu, penyanyi Ernie Zakri mendedahkan yang dia berasa ‘sedih’ setiap kali keluar bekerja dan meninggalkan buah hati kesayangannya, Nur Khawla Soleha di rumah.
Penyanyi lagu Boneka itu berkata, sungguhpun kerap mengalirkan air mata ketika tidak berada di samping anaknya, namun, dia berasa sangat bersyukur kerana sang suami, Syamel dan ibunya sendiri banyak membantu menjaga keperluan Khawla saat ketiadaannya.
Tambahan pula, ketika artikel ini ditulis, Ernie telah pun tiba ke Jakarta, Indonesia bagi mempromosikan single terbaharunya bersama Govinda yang berjudul Hal Hebat.
“Setiap kali keluar bekerja tu, tipulah kalau tak rasa sedih. Tambahan pula, saya ke Jakarta dan Bandung, Indonesia untuk promosikan Hal Hebat di sana.
“Bila fikir kena tinggalkan Khawla selama enam hari dah cukup buat saya sedih. Kalau tengok gambar boleh meleleh air mata… Khawla pun dan pandai macam-macam sekarang.
“Tapi, saya rasa bersyukur sangat sebab Syamel banyak bantu kalau dia ada masa terluang. Biasanya, kalau saya tiada di rumah dan perlu keluar bekerja, ibu saya akan datang untuk jaga dan tengok-tengokkan Khawla,” katanya.
Dalam pada itu, Syamel menambah, dia dan Ernie pastikan akan cuba untuk menghabiskan masa bersama anak jika wujud masa terluang.
“Kalau ikutkan, apabila fikirkan Khawla tinggal dengan pengasuhnya pun sudah buat saya tak tentu arah.
“Kadang-kadang tu fikir dia tengah buat apa, senyuman dia… Begitupun, bila di rumah, kami pastikan dia akan sepenuhnya bersama kami. Harapnya bila dah besar, Khawla faham kerja daddy dan ibunya,“ tutur Syamel.
Dalam perkembangan lain, Syamel dan Ernie bakal mengadakan konsert Aku Cinta yang akan diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 23 Oktober depan.
Anjuran Rocketfuel Entertainment, Terdapat lima kategori tiket bermula daripada RM500 (Diamond), RM400 (Platinum), RM300 (Gold), RM250 (Silver) dan RM200 (Bronze) untuk konsert Aku Cinta. Bagaimanapun, tiket kategori Bronze dan Diamond sudah habis dijual.
Tiket-tiket boleh didapati di Ubertickets.my bermula 15 Ogos ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

You Know Nothing About Sports: Ernie Zakri Sakit Perut Sebelum Main Bola Jaring Dengan Sherry Alhadad Gara-Gara….

gempak
19/09/2024
11:25 MYT
You Know Nothing kini kembali dengan You Know Nothing About Sports yang menampilkan Sherry Alhadad akan berpasangan dengan seorang selebriti popular tempatan untuk mencuba mempelajari satu sukan baru.
Hiburan

Syamel Tak Halang Anak Terjun Bidang Seni Hiburan - “Selfish Kalau Saya Nak..”

gempak
24/08/2024
00:56 MYT
Penyanyi, Syamel tidak akan menghalang minat dan keinginan anak perempuannya, Nur Khawla Soleha mengikut jejak langkahnya bersama isteri, Ernie Zakri untuk terjun ke industri seni hiburan suatu hari nanti.
Hiburan

Penampilan Makin ‘Berbeza’, Syamel Nafi Buat Pembedahan Plastik - “Itu Tidak Betul..”

gempak
23/08/2024
00:55 MYT
Gara-gara penampilan terbarunya yang menyaksikan dia kelihatan amat ‘berbeza’ berbanding ketika awal kemunculan dalam industri, ramai warganet yang mengusik penyanyi, Syamel.
Hiburan

Isteri Didakwa Berbadan Dua? Ini Respons Syamel - “Kalau Ada Rezeki..”

gempak
21/08/2024
08:55 MYT
Penyanyi Syamel tampil menjawab dakwaan yang bertebaran di media sosial mengenai isterinya, Ernie Zakri kini sedang berbadan dua.
Hiburan

Ernie Zakri Enggan Komen Lebih Lanjut Isu Diperlakukan Tidak Professional - “Lambat Laun Orang Akan Tahu Juga”

gempak
26/07/2024
09:55 MYT
Penyanyi Ernie Zakri tampil mengulas mengenai isu ciapan di X yang pernah di muatnaik beberapa minggu lepas.