,
Hiburan

Erma Fatima Kagumi Kecekalan Pemuda Hadir Temuduga Selepas Kemalangan

Asraf Aided
19/06/2020
12:05 MYT
Pengarah dan pelakon, Erma Fatima memuji semangat dan kecekalan seorang pemuda yang hadir ke temuduga untuk bekerja di syarikatnya selepas mengalami kemalangan jalan raya.
Menurut Erma, pemuda itu hadir sambil menahan sakit dan enggan ke hospital selagi belum menghabiskan sesi temuduga itu.
Erma berkongsi perkara itu menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya hari ini.
Dalam entri sama, Erma turut berkongsi potongan video yang dirakam pengguna jalan raya lain menunjukkan kejadian kemalangan tersebut.
"Perjalanan dia ke pejabat saya untuk temuduga dan mendapat kemalangan, yang melanggarnya lari, sebak saya kerana dia masih datang temuduga dalam keadaan berdarah semata-mata untuk selesaikan juga temuduga dengan saya.
"Terketar-ketar dia menahan sakit, saya suruh dia ke hospital namun dia dia tetap paksa saya untuk interview dia," tulisnya sebagai kapsyen.
Tambah Erma, dia akan mengambil pemuda itu bekerja dengannya selepas pulih dari kecederaan serius yang dialami.
"Susah nak dapat orang secekal kau dik, dan saya dapat tahu tulang rusuknya patah, hati dia bengkak, dia mesej kata mungkin sebulan lagi baru dia akan pulih.
"Dia suruh saya bagi jawatan itu kepada orang lain, saya akan tunggu, kau lulus temuduga ini bukan kerana kemalangan tetapi kerana kecekalan kau dik, moga begitulah juga dedikasi kau dalam mencari rezeki.
"Akak doakan kau cepat sembuh dan posisi kau sentiasa ada di syarikat akak, akak tunggu," tulisnya lagi.
Perkongsian itu mendapat perhatian daripada para pengikut Erma di ruangan komen.
Rata-rata mereka amat bersimpati dengan nasib yang menimpa pemuda itu, tidak kurang juga yang tidak puas hati dengan tindakan individu yang melanggar lari itu.

Perjalanan DIA ke ofis aku untuk temuduga dan mendapat kemalangan. Yg melanggarnya lari.. Sebak aku kerana DIA masih dtg temuduga dlm keadaan berdarah semata mata utk selesaikan juga temuduganya dgn aku. Terketar ketar dia depan aku menahan sakit. Aku suruh dia ke hospital namun dia tetap paksa aku untuk interview dia. Kau sangat CEKAL dik... susah nk dpt org secekal kau. Dalam keadaan begitu kau masih usaha juga utk hadir temuduga. Dan aku dapat tahu tulang rusuknya patah dan hatinya bengkak. Dia mesej kata mungkin 1 bulan lagi baru dia akn pulih. Dia suruh bg je jawatan tu pd org lain katanya. Akak akan tunggu... kau lulus temuduga ini bkn kerana kau kemalangan tetapi kerana kecekalan kau dik. Moga begitu jugalh dedikasinya kau dlm mencari rezeki. Akak doakan kau cepat sembuh dan position utk kau sentiasa ada di syarikat akak. Akak tunggu.. ????

A post shared by Ermafatima (@ermafatima) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pengarah Veteran Nafi Sengaja Cium Pelakon, Dakwa Hanya Tunjuk Contoh

gempak
09/09/2024
01:55 MYT
Pengarah dan pelakon terkenal dari Kolkata, Bengali, Arindam Sil digantung melakukan sebarang kerja seni daripada Persatuan Penerbit Timbur India selepas menerima aduan salah laku gangguan seksual yang dibuat terhadap seorang pelakon wanita.
Hiburan

Nadhir Nasar Simpan Impian, Mahu Arahkan Filem Box Office

gempak
14/08/2024
09:55 MYT
Pelakon, Nadhir Nasar mengakui kerjayanya dalam bidang seni sebagai pelakon masih belum cukup untuk memuaskan hatinya berada dalam industri seni hiburan.
Hiburan

Guna Mayat Sebenar Dalam Penggambaran, Pierre Andre Kongsi Kisah Mistik – “Katanya Ada Roh Yang Tak Tenteram Ikut Balik”

gempak
30/07/2024
06:55 MYT
Pelakon dan pengarah Pierre Andre berkongsi pihak produksi dalam filem terbaharu arahannya yang berjudul Paradoks menggunakan mayat sebenar bagi tujuan penggambaran.
Hiburan

Michael Ang Tak Ada Komen Isu Langgar Kontrak, Biar Peguam Selesaikan Isu

gempak
24/07/2024
08:55 MYT
Penerbit dan pengarah, Michael Ang menyatakan dia tidak mempunyai sebarang komen berkaitan tindakan saman yang bakal diambil terhadap dirinya.
Hiburan

Isu Pelakon Berskandal Di Set Shooting, Osman Ali; "Pengarah Ada Hak Menegur Tapi Ada Batas"

gempak
22/07/2024
07:55 MYT
Sutradara terkenal tanah air, Osman Ali, 51, berpendapat pengarah drama atau filem mempunyai hak untuk memberi teguran serta peringatan kepada  pelakon dan kru produksi agar membataskan pergaulan di set penggambaran bagi mengelakkan isu skandal daripada berulang.